Utusan Online - Luar Negara |
Mubarak didesak undur terhormat Posted: Mubarak didesak undur terhormatWASHINGTON 5 Feb. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama terus meningkatkan tekanan menggesa sekutu rapatnya, Hosni Mubarak melepaskan jawatan sebagai seorang negarawan daripada digulingkan dengan penuh penghinaan. Obama berkata, satu era baru perlu bermula sekarang, satu mesej tersirat ditujukan kepada Presiden Mesir itu, supaya tidak terus memegang jawatannya sehingga pilihan raya pada September ini, seperti yang diumumkan oleh Mubarak sebelum ini. ''Soalan utama yang dia perlu bertanyakan dirinya adalah: Bagaimana saya hendak tinggalkan satu legasi yang akan diingati oleh Mesir ketika waktu perubahan ini,'' katanya, semalam. Obama brkata, Mubarak adalah seorang yang angkuh tetapi dia juga seorang yang bersifat patriotik. ''Apa yang saya cadangkan kepadanya adalah beliau perlu mendengar apa yang disuarakan oleh rakyat Mesir dan membuat satu keputusan munasabah dan bermakna serta serius,'' ujarnya. Desakan Obama kepada sekutu rapatnya di negara Arab itu dinyatakan selepas mengemukakan rayuan secara lembut untuk bertenang dan tidak bertindak tergesa-gesa pada minggu lalu. AS mungkin tidak ingin melihat Mubarak disingkirkan dengan segera namun selepas melihat krisis di negara tersebut tidak akan tamat, jurucakap negara itu mula membincangkan 'peralihan' yang akan diambil selepas era pemerintahan Mubarak. - Agensi | ||
Tunjuk perasaan di Mesir diteruskan Posted: Tunjuk perasaan di Mesir diteruskan
KAHERAH 5 Feb. - Tunjuk perasaan mendesak Presiden, Hosni Mubarak meletak jawatan diteruskan hari ini, masuk hari ke-12, tanpa sebarang tanda ia akan berakhir, sehinggalah pemimpin berusia 82 tahun itu berundur. Penunjuk perasaan terus berhimpun di bandar-bandar besar seperti Iskandariah, Ismailia dan Port Said bagi mendesak Presiden Mesir itu meletakkan jawatan setelah memerintah Mesir selama 30 tahun. Naib Presiden, Omar Suleiman dijangka bertemu sekumpulan orang penting hari ini bagi meneliti satu penyelesaian yang akan menyaksikan dirinya dilantik sebagai Presiden untuk mengetuai kerajaan peralihan, kata salah seorang anggota kumpulan itu. Bagaimanapun, penunjuk perasaan menegaskan mereka mahu sekutu Mubarak turut disingkirkan dan bukan Mubarak sahaja, kerana ia tidak memadai untuk menamatkan krisis tersebut. Mubarak kelmarin berkata, Mesir akan menjadi huru-hara jika beliau meletakkan jawatan sekarang dan berjanji berbuat demikian pada September ini, apabila tempoh pentadbirannya berakhir. Beratus ribu rakyat Mesir mengadakan demonstrasi di seluruh negara sejak 25 Januari lalu dengan Dataran Tahrir di sini menjadi pusat demonstrasi bagi mendesak peletakan jawatan Mubarak. Para penunjuk perasaan menyatakan mereka tidak akan berhenti, selagi Mubarak tidak berundur. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan