Harian Metro: Global |
Ratusan ribu sertai ‘hari pengunduran’ Posted: 04 Feb 2011 08:38 AM PST KAHERAH: Penunjuk perasaan di Mesir berhimpun secara besar-besaran semalam melancarkan demonstrasi 'hari pengunduran' bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur selepas beliau berkata akan meletakkan jawatan tetapi bimbang akan mengakibatkan kekacauan lebih buruk di negara itu. Ratusan ribu penunjuk perasaan yang berkubu sepanjang malam di Medan Tahrir di Kaherah, yang menjadi tumpuan utama demonstrasi menentang Mubarak yang tidak pernah berlaku sebelum ini, disertai oleh orang ramai yang datang ke tempat itu dari seluruh penjuru bandaraya Kaherah sejak awal pagi dalam demonstrasi hari ke-11 itu.
Menteri Pertahanan, Mohammed Hussein Tantawi turut mengunjungi medan itu dengan memakai topi tentera bagi menyaksikan sendiri keadaan di situ, lapor televisyen kerajaan.
Jurucakap Jabatan Negara, Philip Crowle berkata, kerajaan Ameika Syarikat mengesan keganasan itu dilakukan pihak yang rapat dengan kerajaan dan parti pemerintah walaupun tidak berapa jelas sejauh mana kaitan mereka. - AFP |
Iran: Presiden Mesir hamba Israel, AS Posted: 04 Feb 2011 08:32 AM PST TEHERAN: Presiden Mesir Hosni Mubarak adalah hamba Israel dan Amerika Syarikat, kata Pemimpin utama Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam khutbah Jumaat, semalam. "Selama 30 tahun negara ini (Mesir) diperintah seseorang yang tidak memperjuangkan kebebasan dan musuh kepada mereka yang memperjuangkan kebebasan," kata Ali.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan