Khamis, 17 Februari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Rakyat Bahrain tuntut reformasi

Posted: 16 Feb 2011 09:13 AM PST

MANAMA: Penunjuk perasaan di Bahrain menuntut pembaharuan politik daripada pemerintah mereka, semalam sama seperti rakyat Mesir, dengan berhimpun di dataran utama di ibu negara itu. Ia adalah hari ketiga demonstrasi menentang kerajaan hingga menimbulkan tekanan kepada pemimpin negara yang menjadi satu daripada sekutu paling strategik Washington di rantau Teluk.

Pasukan keselamatan sudah berkawal semula untuk meredakan ketegangan - selepas pertempuran berlaku menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera. Helikopter polis terbang rendah pada pengebumian seorang mangsa yang digelar 'pejuang syahid' dan penunjuk perasaan menggesa lebih banyak bantahan dilakukan di negara itu - tempat yang menjadi pangkalan tentera Amerika Syarikat.


Beribu-ribu orang bermalam di khemah sementara di Dataran Pearl di sini yang menjadi kem penunjuk perasaan sehari sebelum itu. Seorang penunjuk perasaan juga menggunakan pembesar suara bagi mendesak orang ramai kekal di situ hingga tuntutan mereka dipenuhi.

Tunjuk perasaan antikerajaan bermula Isnin lalu menggesa pemerintah sistem monarki di negara itu melakukan pembaharuan termasuk jawatan tinggi kerajaan yang dipilih dan membuka lebih peluang kepada majoriti rakyat berfahaman Syiah di negara itu yang disekat daripada menjawat jawatan penting.


Ketua parti politik berfahaman Syiah terbesar di negara itu, Sheik Ali Salman berkata, tiada tuntutan peranan Islam dalam politik.


"Kami tidak mencari ulama sebagai pemimpin kerajaan seperti Iran tetapi kami menuntut kerajaan yang mewakili golongan Syiah dan Sunnah," ujarnya. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Era regim boneka AS sudah berakhir: Mahmoud

Posted: 16 Feb 2011 09:12 AM PST

TEHERAN: Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berkata, era regim boneka sudah berakhir dan revolusi di Timur Tengah berlaku bagi menentang diktator yang disokong Amerika Syarikat di rantau berkenaan.

Ketika berucap kepada rakyat di Bushehr, sebuah bandar di baratdaya negara itu dalam lawatan ke-86 di situ, pemimpin Iran itu berkata, terdapat kuasa luar biasa yang semakin berkembang bagi menentang kuasa syaitan di rantau itu. "Kami sudah katakan kebebasan berucap, hak menentukan masa depan serta hak untuk menuntut keadilan dan kerohanian menjadi hak semua negara," ujarnya. Beliau menyifatkan revolusi yang tercetus di Timur Tengah semuanya menentang diktator yang mengabaikan negara mereka, beliau merujuk kepada revolusi di Mesir dan Tunisia.


"Diktator terbabit tidak setia kepada negara mereka dan dibenci rakyatnya. Lebih banyak mereka berbuat demikian, lebih banyak mereka bergantung kepada kuasa yang angkuh itu," tambahnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan