Kosmo Online - Dunia |
Menteri Melayu Singapura bimbang Posted: Menteri Melayu Singapura bimbangGAMBAR fail menunjukkan buku mengenai Lee Kuan Yew yang berjudul Hard Truths To Keep Singapore Going di sebuah kedai buku di SINGAPURA - Menteri yang mengendalikan hal ehwal Muslim di Singapura, Dr. Yaacob Ibrahim berkata secara peribadi bahawa beliau berasa bimbang jika terdapat penduduk Islam bersetuju dengan komen Menteri Mentor, Lee Kuan Yew mengenai komuniti Muslim di negara itu, lapor Channelnewsasia.com kelmarin. Beliau membuat kenyataan itu berhubung pertanyaan media mengenai komen Kuan Yew dalam buku terbaru mengenainya berjudul Hard Truths To Keep Singapore Going. Dalam buku itu, Kuan Yew menyatakan penduduk berbilang kaum di Singapura berkembang dengan amat baik sehingga kemunculan kebangkitan Islam. Menurut Dr. Yaacob, kebangkitan dalam hampir kebanyakan kepercayaan dalam komuniti telah digambarkan sebagai satu reaksi ke atas pemodenan. Beliau berkata, Kuan Yew percaya reaksi tersebut boleh menyebabkan perpecahan dan pengasas Singapura itu melihatnya sebagai satu tanggungjawab untuk memberi amaran kepada penduduk di negara berkenaan mengenai kemungkinan risiko yang bakal berlaku dalam komuniti. Dr. Yaacob menyatakan Singapura merupakan sebuah negara sekular yang menghormati serta melindungi hak penduduk Muslim untuk mengamalkan agama masing-masing yang merupakan asas kepada identiti negara tersebut. "Ramai Muslim dan bukan Muslim di Singapura membuat komen berhubung kenyataan MM (Menteri Mentor, Lee Kuan Yew) mengenai Islam. Mereka telah memberitahu saya dan memberitahu kami bahawa senario yang digambarkan MM (Kuan Yew) bukannya realiti yang mereka lalui dalam kehidupan seharian yang mereka lalui pengalaman di sini di Singapura," katanya. "Bagi saya, ia (komen penduduk itu) merupakan satu petunjuk yang baik. "Saya secara peribadinya akan berasa bimbang jika penduduk Singapura bersetuju dengan senario yang MM (Kuan Yew) gambarkan kerana ia bermaksud bahawa bagi kami untuk menjadi seorang Muslim yang komited atau untuk sebarang kepercayaan yang lain adalah tidak selaras dengan menjadi warga yang setia," katanya. Dr. Yaacob menggesa penduduk Muslim untuk melihat komen Kuan Yew berdasarkan perspektif. "Baca buku itu dan memahami bagaimana beliau membuat kenyataan tersebut," katanya. "Perspektif itu mungkin tidak tepat kini, mungkin 40 tahun lalu. "Justeru, itulah yang menyebabkan saya tidak bersetuju dengannya seperti yang saya telah perkatakan," katanya. Menurutnya, beliau enggan membuat spekulasi mengenai kesan komen Kuan Yew itu ke atas pilihan raya umum yang akan datang di Singapura. - Agensi |
Posted: Jet pejuang kawal KaherahHOSNI MUBARAK (kiri) dan Omar Suleiman (tengah) mengadakan satu mesyuarat di Kaherah semalam. KAHERAH - Beberapa jet pejuang mengawal bandar ini dengan terbang rendah semalam dalam hari keenam protes menentang pemerintahan Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Beberapa minit sebelum perintah berkurung bermula pada pukul 4 petang, dua jet pejuang berlegar di bandar Kaherah. Sejumlah anggota polis dilihat kembali ke jalan-jalan raya dengan mengawal ketenteraman dua hari setelah tidak membuat kawalan ekoran tunjuk perasaan besar-besaran penduduk. Sekumpulan lelaki bersenjata turut menyerang empat buah penjara semalam di seluruh Mesir sebelum subuh menyebabkan ratusan militan dan ribuan banduan lagi dibebaskan. Namun, sebahagian banduan enggan melarikan diri walaupun mereka dibebaskan kumpulan tersebut. Alasan yang diberikan oleh para banduan yang enggan melarikan diri ialah mereka cuma hanya ada sebulan sahaja lagi akan dibebaskan. Sementara itu, tentera menghantar lebih banyak askar dan kenderaan berperisai pada waktu pagi dan tengah hari. Sejumlah trak yang membawa ratusan anggota polis kembali ke Kaherah semula pada waktu tengah hari dan ia diletakkan di beberapa lokasi di bandar raya ini. "Mereka (anggota-anggota tentera) mahu menakutkan orang ramai," kata seorang penunjuk perasaan, Alfred Raouf yang merupakan seorang jurutera perisian. Angka kematian dalam protes itu dianggarkan 100 orang manakala Hosni yang memerintah selama 30 tahun dilihat mengadakan mesyuarat dengan para komander tentera. Hosni melawat sebuah ibu pejabat tentera dan menemui para komander kanan. Dalam satu mesyuarat di ibu pejabat itu, Hosni dilihat mengadakan mesyuarat dengan Naib Presiden yang baru dilantik, Omar Suleiman yang juga bekas ketua agensi perisikan mesir, Menteri Pertahanan, Mohamed Hussein Tantawi, Ketua Staf Tentera, Sami al-Anan dan beberapa komander lain. Butiran mesyuarat tidak didedahkan. Pihak pembangkang, Persaudaraan Muslim bersetuju untuk mencalonkan bekas Ketua Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed ElBaradei untuk berunding dengan pemerintah Mesir berhubung isu protes tesrebut. "Kumpulan-kumpulan politik menyokong ElBaradei untuk berunding dengan rejim," kata seorang anggota kumpulan Persaudaraan Muslim, Essam el-Eryan. Elbaradei kembali ke Kaherah dari Austria pada Khamis lalu sebelum protes besar-besaran berlaku pada Jumaat lalu. Protes itu diadakan ekoran kemarahan rakyat terhadap Hosni yang tidak membawa kemakmuran ekonomi di negara yang kebanyakan penduduknya miskin selain sekatan kebebasan bersuara. Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pihaknya mengikuti dengan teliti perkembangan di Mesir. Protes di Mesir membimbangkan Israel kerana negara itu mempunyai perjanjian keamanan dengan Kaherah lebih 30 tahun lalu. - Agensi |
Gambar separuh bogel Rihanna di Internet Posted: Gambar separuh bogel Rihanna di InternetLOS ANGELES - Beberapa akhbar dan laman hiburan kelmarin menyiarkan gambar penyanyi lagu Umbrella, Rihanna, dalam keadaan separuh bogel. Gambar yang tersebar itu menunjukkan Rihanna sedang merakamkan gambarnya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit di hadapan cermin besar. Dalam gambar itu, dia yang hanya memakai seluar dalam berwarna hitam manakala tangannya menutup payu daranya. Selepas berpisah dengan bekas teman lelakinya, Chris Brown, Rihanna yang berusia 22 tahun itu, dia dikatakan mula rapat dengan seorang bintang sukan. Bagaimanapun identiti bintang sukan yang menerima gambar separuh bogel itu tidak diketahui. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan