Jumaat, 14 Januari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Reid cemburu hubungan Katie

Posted: 13 Jan 2011 07:58 AM PST

BUAH HATI BARU...Katie menghabiskan banyak masa dengan juara tinju dunia, Amir Khan.
BUAH HATI BARU...Katie menghabiskan banyak masa dengan juara tinju dunia, Amir Khan.

LONDON: Keintiman dipamerkan Katie Price dengan peninju terkenal, Amir Khan, dilihat sebagai kemuncak kepada kemelut rumah tangga model itu dengan Alex Reid, lapor media semalam.

Katie, 32, yang terkenal sebagai model glamor dilihat menghabiskan malamnya dengan Amir, 24, kelmarin.


Katie juga dilihat hadir menyaksikan Amir beraksi di gelanggang tinju di Las Vegas, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Disebabkan kemesraan itu, sumber berkata, Reid, 35, sangat berang dan tercabar.


Media Britain turut memaparkan gambar model berbuah dada besar itu menemani Amir menonton wayang di London Ogos tahun lalu.


Walaupun Reid terkenal sebagai atlit sukan lasak, beberapa pemerhati berpendapat, dia mungkin akan tewas dalam 'pertandingan' peribadi merebut Katie daripada Amir.

Kegagalan Reid dilaporkan semakin ketara apabila Katie - lebih dikenali sebagai Jordan - memberi sokongan moral kepada Amir ketika peninju itu menentang atlit Argentina, Marcos Maidana, di Las Vegas bulan lalu.


Dalam perlawanan itu, Amir berjaya mengekalkan kejuaraan welterweight dunia.

Sumber berkata, Reid melihat perbuatan Katie itu sebagai isyarat jelas dia mahu berpisah dan memulakan hidup baru dengan lelaki lain.


Sebenarnya, hubungan Katie - Amir hanya bermula pada Mei lalu apabila mereka bertemu ketika penggambaran siri televisyen Scream If You Know The Answer.


Selain Amir, kata sumber itu, Reid juga tercabar apabila Katie turut menjalin hubungan mesra dengan pelatih kuda, Andrew Gould. "Namun, Reid benar-benar kecewa apabila membaca berita mengenai kemesraan Katie dengan Amir," katanya.


Disebabkan konflik itu, Katie dan Reid dijangka mengumumkan perpisahan mereka pada bila-bila masa saja selepas berkahwin kira-kira 11 bulan lalu.


Ketika ini Katie menumpang rumah rumah adiknya, Sophie, di Surrey, manakala Reid bercadang untuk balik ke rumah ibunya. - TS

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Keira, Friend bawa haluan sendiri selepas 5 tahun

Posted: 13 Jan 2011 07:55 AM PST

LONDON: Pasangan selebriti terkenal dari Britain, Keira Knightley, 25, dan Rupert Friend, 29, menamatkan hubungan mereka selepas bersama sejak lima tahun lalu.

Perpisahan itu disahkan bapa Keira, Will Knightley, semalam.


"Ya, mereka mengambil keputusan berpisah.

"Nampaknya tak banyak pilihan yang ada pada mereka, kecuali membawa haluan sendiri," katanya.


Difahamkan, Keira - terkenal dengan watak Elizabeth Swann dalam filem Pirates of the Caribbean - sedih akibat keputusan itu.


Bagaimanapun, sumber berkata, keputusan berpisah diambil secara bersama.

Kata Knightley, tempoh lima tahun bersama dianggap lama dan tiada sesiapa mahu perpisahan itu berlaku.


Pada masa sama, katanya, Keira juga memberikan perhatian penuh kepada kerjayanya sebagai aktres.

Friend dan Keira pernah berlakon bersama dalam filem terbitan 2005, Pride and Prejudice.


Pertemuan di lokasi itu kemudian menjadi pencetus hubungan romantik sehingga mereka memutuskan untuk hidup bersama tidak lama kemudian. Friend dijadual muncul dalam filem terbarunya, 5 Days of August pada Mac ini. - DM

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan