Berita Harian: Dunia |
Posted: 07 Jul 2013 04:20 PM PDT Pesawat Asiana Airlines milik Korea Selatan patah ekor ketika cuba mendarat San Francisco: Sebuah pesawat Asiana Airlines Boeing 777 membawa 307 penumpang terhempas dan terbakar kelmarin ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco. Dua terbunuh dan lebih 180 lagi cedera. Pesawat itu berlepas dari ibu kota Korea Selatan, Seoul. Gambar yang diambil mangsa terselamat menunjukkan penumpang keluar daripada pesawat dan bergegas keluar dari kawasan dekat situ. Asap tebal keluar daripada tempat mengisi minyak. Rakaman televisyen selepas itu menunjukkan pesawat yang rentung dan hitam dimamah api selain bumbungnya yang sudah tiada. Tiada petanda segera mendedahkan sebab punca kemalangan dan pegawai persekutuan dalam perjalanan dari Washington ke situ untuk menyiasat. Tetapi, seorang daripada mereka yang selamat berkata, juruterbang seperti cuba membawa naik pesawat sebelum ia terhempas. Timbalan Ketua Bomba Dale Carnes berkata, dua orang yang maut dalam kejadian itu dan 49 dihantar ke hospital berdekatan kerana cedera parah. Kemalangan pertama Seramai 132 lagi dihantar ke beberapa hospital dengan kecederaan ringan. Dia adalah antara 4 juruterbang veteran syarikat penerbangan berkenaan. Ada dua juruterbang dalam perjalanan dari Seoul ke San Francisco selama 10 jam. Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Deborah Hersman, berkata pihaknya menghantar sekumpulan penyiasat ke San Francisco dan masih terlalu awal untuk menyatakan punca kemalangan. Nahas itu juga kemalangan udara pertama membabitkan pesawat Boeing 777 yang popular sejak dipekenalkan pada 1995. Ia juga kemalangan pesawat komersial pertama di Amerika sejak kapal terbang kendalian Colgan Air terhempas di New York pada 2009. - REUTERS |
Britain usir pendakwah radikal Jordan Posted: 07 Jul 2013 04:19 PM PDT [unable to retrieve full-text content]London: Pendakwah radikal, Abu Qatada diusir awal semalam dari Britain ke Jordan untuk berdepan tuduhan keganasan. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan