Utusan Online - Luar Negara |
Anggota militan dan tentera terbunuh di Pakistan Posted: 31 May 2013 10:07 AM PDT ISLAMABAD 1 Jun - Seramai 19 ahli kumpulan militan dan tiga anggota tentera terkorban dalam satu pertempuran di wilayah bergolak di sini semalam. Pertempuran itu berlaku di kawasan antara daerah suku Kurram dan Khyber di Para Chamkani dan kampung Maidan. "Semasa pertempuran itu 19 pengganas terbunuh manakala 12 lagi cedera, manakala tiga orang tentera termasuk pegawai dan tiga lagi anggota tentera cedera," kata tentera dalam satu kenyataan di sini semalam. - AGENSI |
1,500 sertai demonstrasi di hadapan Bank Negara dan Bank Deutsche Posted: 31 May 2013 10:03 AM PDT FRANKFURT 1 Jun - Beribu-ribu orang menyertai siri demonstasi anti-kapitalis di bandar ini yang mensasarkan kawasan bangunan Bank Negara Eropah dan perbankan gergasi Bank Deutsche sebagai kawasan utama di sini, semalam. Protes selama dua hari itu dirancang oleh gerakan anti kapitalis, Blockupy yang dihadiri oleh 1,500 yang berkumpul di hadapan Bank Negara Eropah walaupun keadaan hujan yang lebat. Kira-kira 400 penunjuk perasaan itu beralih ke ibu pejabat Bank Deutsche untuk membantah penglibatan pemberian pinjaman terbesar di negara ini. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan