Jumaat, 31 Mei 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Bashar mengaku Rusia jual senjata

Posted:

Bashar mengaku Rusia jual senjata

Bashar mengaku Rusia jual senjata

GAMBAR fail menunjukkan sistem pertahanan peluru berpandu S-300 milik Rusia.


BEIRUT - Presiden Syria, Bashar al-Assad mengaku dalam satu wawancara yang disiarkan semalam bahawa Rusia telah menghantar sistem pertahanan peluru berpandu yang canggih ke negaranya.

Stesen penyiaran Al-Manar yang menyiarkan wawancara itu mendedahkan jawapan Bashar berhubung isu penjualan senjata Rusia kepada negara itu.

"Semua perjanjian dengan Rusia akan dihargai dan sebahagiannya telah pun dilakukan," kata Bashar seperti yang disiarkan dalam kenyataan stesen berkenaan.

Bashar memberikan jawapan itu apabila dia ditanya tentang peluru berpandu S-300 yang dikeluarkan Rusia.

Stesen Al-Manar merupakan rangkaian televisyen untuk pergerakan Hezbollah yang merupakan rakan sekutu rapat Bashar.

Rusia merupakan rakan sekutu yang paling kuat Bashar sebelum ini tidak membuat kenyataan bagi mengesahkan sama ada pihaknya telah menghantar sistem peluru berpandu itu ke Syria.

Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon pernah memberi reaksi dengan menyatakan rejim Zionis mengetahui apa yang perlu dilakukan jika Rusia menghantar peluru berpandu itu ke negara berkenaan.

Perkembangan terbaharu itu mencetuskan kebimbangan bahawa perang saudara di Syria akan merebak ke Lebanon.

Perang yang bermula pada Mac 2011 itu telah menyebabkan lebih 94,000 orang terbunuh.

Ia berlaku ekoran sebahagian penduduk tempatan bangkit menentang kepimpinan Bashar.

Penduduk tempatan itu mahu menggulingkan Bashar yang gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran termasuk demokrasi. - Agensi

Tiga ekor gajah mati dirempuh kereta api

Posted:

Tiga ekor gajah mati dirempuh kereta api

Tiga ekor gajah mati dirempuh kereta api


BANGKAI dua ekor gajah kelihatan di atas landasan kereta api di Moraghat semalam.


MORAGHAT, India - Tiga ekor gajah mati selepas dirempuh sebuah kereta api yang bergerak dengan laju di sini semalam.

Seekor lagi gajah didapati cedera selepas sekawan haiwan itu melintasi landasan kereta api di Moraghat yang terletak di dalam daerah Jalpaiguri, negeri Benggal Barat.

Sebuah kren itu kemudian digunakan untuk mengangkat bangkai gajah yang terdapat di atas landasan itu.

Gajah yang mati itu terdiri daripada dua ekor dewasa dan seekor anak haiwan itu.- Agensi

Ibu hamil kembar lima

Posted:

Ibu hamil kembar lima

Ibu hamil kembar lima


KINOVA yang hamil duduk di atas sofa di sebuah hospital di Prague kelmarin.


PRAGUE - Seorang wanita berusia 23 tahun, Alexandra Kinova dijangka melahirkan anak kembar lima di sebuah hospital di sini pada Ahad ini.

Menurut laporan akhbar dalam talian MailOnline semalam, dia akan menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kembar lima itu.

Kinova juga merupakan wanita pertama di Republik Czech yang hamil kembar lima tanpa menjalani rawatan kesuburan.

Dia sebelum ini telah mempunyai seorang anak lelaki.

Bagaimanapun, Kinova hanya menyedari bahawa dia hamil kembar lima pada bulan lalu.

Pada mulanya, doktor menyatakan dia akan hanya melahirkan anak kembar.

Namun, pada Mac lalu, beberapa kakitangan di Institut Penjagaan Ibu dan Kanak-Kanak di sini menyatakan, dia hamil kembar empat.

Sebulan kemudian, dia akhirnya didapati mengandung anak kembar lima.

Kinova berkata, dia berasal dari keturunan yang melahirkan anak kembar.

Dia juga merancang un-tuk menyusukan semua anak-anaknya itu. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan