Kosmo Online - Dunia |
- One Direction guna khidmat bekas ejen Obama
- Dua penumpang terjatuh dari kapal
- Terjun dari bangunan terbakar untuk selamatkan diri
One Direction guna khidmat bekas ejen Obama Posted: One Direction guna khidmat bekas ejen Obama
LONDON - Kumpulan nyanyian terkenal, One Direction dilaporkan akan menggunakan khidmat bekas pasukan keselamatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sempena konsert jelajah mereka di AS, lapor portal berita Express kelmarin. Keputusan tersebut dibuat oleh ketua konsert jelajah One Direction selepas dia bimbang tentang peningkatan peminat fanatik kumpulan dari Britain itu. Penggunaan bekas pasukan keselamatan Obama itu dibuat selepas seorang anggota kumpulan tersebut, Liam Payne, 19, berpisah dengan kekasihnya, Danielle Peezer. "Beberapa anggota keselamatan itu pernah berkhidmat dengan Obama," kata satu sumber. Kumpulan itu juga dijangka mendapatkan khidmat bekas anggota tentera AS yang pernah berkhidmat semasa Perang Iraq untuk mengawal keselamatan mereka. One Direction yang turut dianggotai Harry Styles, Zayn Malik, Louis Tomlinson dan Niall Horan bakal memulakan konsert jelajah di Florida, AS pada 13 Jun depan. - Agensi | |
Dua penumpang terjatuh dari kapal Posted: Dua penumpang terjatuh dari kapalBEBERAPA penumpang beratur di luar kapal itu semalam. SYDNEY - Pihak berkuasa semalam melancarkan gerakan mencari dua orang penumpang yang terjatuh ke dalam laut dari sebuah kapal persiaran, Carvival Spirit. Menurut seorang pegawai polis New South Wales, Mark Hutchings, gerakan mencari itu dilakukan di pantai timur Australia selepas dua penumpang tersebut didapati hilang oleh kru-kru kapal pada pagi semalam selepas Carnival Spirit berlabuh di Circulay Quay di sini. Beliau berkata, rakaman kamera pengawasan menunjukkan dua penumpang tersebut yang terdiri daripada seorang lelaki berusia 30 tahun dan pasangannya berumur 27 tahun terjatuh dari dek kapal pada malam Rabu lalu. Hutchings memberitahu, ketika kejadian, kapal tersebut berada kira-kira 120 kilometer di luar bandar Forster. "Kami berharap dapat menemui mereka hidup-hidup," katanya kepada pemberita. Jurucakap Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia, Jo Meehan berkata, sebuah pesawat, helikopter dan beberapa buah bot polis digunakan dalam misi mencari mangsa-mangsa tersebut. Pasangan itu merupakan antara 2,680 orang penumpang yang menaiki kapal tersebut dalam pelayaran selama 10 hari. - Agensi | |
Terjun dari bangunan terbakar untuk selamatkan diri Posted: Terjun dari bangunan terbakar untuk selamatkan diriSEORANG lelaki terjun dari tingkat tujuh Plaza LDA yang terbakar di Lahore semalam. LAHORE, Pakistan - Seramai tiga orang terjun dari Plaza LDA yang terbakar di sini semalam sebagai usaha untuk menyelamatkan diri. Dua daripada tiga orang itu cedera selepas mereka terjun dari tingkat tujuh. Mereka kemudian dirawat di sebuah hospital. Bagaimanapun, seorang lagi mangsa yang terjun itu mati di tempat kejadian. Lima buah jentera bomba digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut. Sejumlah orang dilaporkan terperangkap di dalam bangunan setinggi 13 tingkat itu ketika kebakaran tersebut bermula di tingkat tujuh dan lapan. Beberapa buah helikopter turut digunakan untuk memindahkan mangsa-mangsa yang terperangkap akibat kebakaran tersebut. Empat orang terbunuh dalam kejadian itu. Punca kejadian masih belum diketahui. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan