Berita Harian: Dunia |
Posted: 17 Apr 2013 03:32 PM PDT Kaherah: Bom buatan sendiri yang dihasilkan daripada periuk tekanan, dalam kejadian pengeboman ketika Maraton Boston adalah senjata kerap digunakan militan di Afghanistan, India dan Pakistan. Cawangan al-Qaeda di Yaman pernah menyiarkan manual secara online mengenai cara membuatnya, menggesa anggota jihad bertindak sendiri melakukan serangan.
Periuk tekanan bahan asas bom Individu yang diberi taklimat mengenai siasatan memberitahu The Associated Press bahan letupan yang dibina daripada periuk tekanan dan disumbat dengan logam, paku dan gegelang besi boleh menyebabkan kematian ramai. "Kemudahan menghasilkan bom dan kuasa kuat yang dihasilkan menjadikan ia menarik kepada militan, terutama di Asia Selatan," kata penganalisis. Ia digunakan dalam rancangan pengeboman oleh militan di Barat, termasuk pelan seorang tentera Amerika Syarikat meletupkan restoran yang kerap dikunjungi di luar Fort Hood di Texas.
Cawangan al-Qaeda di Yaman memberikan maklumat bagaimana membina bom periuk tekanan dalam isu pertama Inspire, majalah online 2010, bertajuk 'Bagaimana membina bom di dapur ibu anda.' "Periuk tekanan adalah kaedah berkesan membina bom," menurut artikel itu, menggambarkan cara memenuhkan periuk dengan serpihan tajam dan serbuk senjata dan mencipta peletup menggunakan filamen mentol lampu dan jam. - AP |
Posted: 17 Apr 2013 03:30 PM PDT Pyongyang mahu Washington tarik aset tentera, henti latihan Pyongyang: Korea Utara tidak berhasrat mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat kecuali ia menamatkan permusuhan terhadap negara itu. Kenyataan itu, yang dikeluarkan oleh Pemerintah Agung Tentera Rakyat Korea Utara menyatakan ia akan meningkatkan serangan balas tentera kecuali Amerika berhenti mengadakan latihan ketenteraan di semenanjung Korea dan menarik balik semua aset tentera yang diperlukan untuk mengancam Korea Utara dengan serangan nuklear.
Ancaman tindakan Kritikan pedas baru itu, yang termasuk ancaman tindakan balas dendam, menyusul bantahan Isnin lalu oleh kira-kira 250 orang di Seoul, yang menyaksikan patung Kim Il Sung, mendiang anak lelaki dan penggantinya, Kim Jong Il, dibakar. Kritikan dibuat ketika Korea Utara bersedia mengadakan ujian peluru berpandu jarak sederhana dan juga ketika rejim itu meraikan hari kedua perayaan menghormati ulang tahun kelahiran pemimpin pertamanya, Kim Il Sung, pada 15 April lalu. - AP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan