Isnin, 25 Februari 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Israel minta Palestin reda ketegangan

Posted:

Israel minta Palestin reda ketegangan

Israel minta Palestin reda ketegangan

SEKUMPULAN penunjuk perasaan berdiri di depan seorang askar Israel dalam satu
pertempuran di Kampung Saair, Hebron semalam.


BAITULMUQADDIS - Israel semalam menyatakan pihaknya menghantar tuntutan kepada kepimpinan Palestin supaya mengekang kekacauan selepas beribu-ribu tahanan mengadakan mogok lapar di penjara-penjara Israel, manakala para penyokong mereka bertempur dengan pasukan keselamatan di Tebing Barat yang ditakluki rejim Zionis.

Menurut kenyataan Tel Aviv, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada masa yang sama mengarahkan pembayaran hasil cukai untuk bulan Januari yang dipungut oleh Israel bagi pihak Palestin dipindahkan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Ia sebagai usaha untuk 'memujuk' PA campur tangan untuk meredakan ketegangan ekoran isu mogok lapar tersebut.

Protes di Tebing Barat semakin memuncak sebagai tanda sokongan kepada tahanan Palestin yang ditahan Israel dan bagi membantah perluasan penempatan haram Yahudi.

Seorang pegawai berkata, hampir semua tahanan Palestin di penjara-penjara Israel mengadakan mogok lapar semalam selama sehari bagi membantah kematian mengejut seorang tahanan yang didakwa pihak berkuasa penjara meninggal dunia akibat serangan jantung.


BEBERAPA pelajar Palestin cuba melarikan diri bagi mengelak terkena tembakan gas pemedih mata askar Israel di Kampung Saair.


"Seramai 4,500 orang, sebenarnya hampir setiap tahanan (mengadakan mogok lapar)," kata jurucakap Perkhidmatan Penjara Israel, Sivan Weizman.

Banduan itu, Arafat Jaradat, 30, meninggal dunia secara mengejut di Pusat Tahanan Megiddo, utara Israel.

Satu kenyataan daripada pejabat Perdana Menteri Palestin, Salam Fay- yad berkata, beliau mahukan penjelasan sebenar berhubung kematian bapa kepada dua orang anak itu.

Beberapa saksi dan sumber keselamatan berkata, berita kematian Jaradat mencetuskan pertempuran antara pemuda Palestin dan pasukan keselamatan Israel di Hebron.

Menurut perkhidmatan perisikan Israel, Shin Bet, Jaradat ditahan kerana terlibat dalam insiden baling batu sehingga menyebabkan seorang warga Israel cedera pada November 2012.

- Agensi

Bashar dikecam sebagai syaitan bisu

Posted:

Bashar dikecam sebagai syaitan bisu

Bashar dikecam sebagai syaitan bisu

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam mengecam Presiden Syria, Bashar Al-Assad dengan memanggilnya sebagai 'syaitan bisu'.

Beliau berkata demikian kerana pemimpin Syria itu telah melakukan serangan terhadap rakyatnya sendiri dan tidak terhadap Israel yang menduduki beberapa wilayah di Syria secara haram.

Erdogan menghadiri forum komunikasi pemerintah di negara ini.

Beliau bersama para pemimpin rantau Teluk turut memberi sokongan kepada para penentang Bashar.

"Kami tidak akan berdiam diri ketika berdepan diktator yang zalim, syaitan bisu yang melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyatnya sendiri. Namun, beliau hanya membisu dan sepi terhadap pihak (Israel) yang menduduki wilayahnya sejak berdekad-dekad lalu," kata Erdogan pada forum tersebut.

Lebih 60,000 orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan askar-askar Bashar sejak Mac 2011.

Para penentang itu mahu menggulingkan Bashar ekoran kejayaan kebangkitan penduduk di Libya, Mesir dan Tunisia. – Agensi

Rai kejayaan tawan gunung Everest

Posted:

Rai kejayaan tawan gunung Everest

Rai kejayaan tawan gunung Everest


dari kiri Hornbein, Dyhrenfurth, Whittaker dan Dingman


BERKELEY, California - Pasukan pendaki Amerika Syarikat (AS) pertama yang menakluki Gunung Everest bergabung semula untuk meraikan pencapaian itu.

Pasukan tersebut terdiri daripada Norm Dyhrenfurth, 94, Jim Whittaker, 84, Tom Hornbein, 82, dan Dave Dingman, 76 yang masih hidup.

"Apabila saya mula menimbulkan idea tersebut (mendaki Gunung Everest) orang ramai berkata, pencapaian itu telah dilakukan, kenapa mahu melakukannya lagi," kata Dyhrenfurth pada Jumaat lalu.


Gambar fail pada tahun 1963 menunjukkan sebahagian anggota pasukan pendaki Amerika Syarikat berehat semasa perjalanan untuk menawan puncak Everest.


Beliau dan tiga anggota ekspedisi Everest yang terselamat pada pendakian 1963 itu berkumpul di kawasan Teluk San Francisco untuk meraikan ulang tahun ke-50 kejayaan mereka menakluki Everest. Namun, menurutnya, pendakian itu ternyata amat sukar dengan Whittaker hampir kehilangan nyawa dalam usaha tersebut.


PUNCAK Gunung Everest pada tahun 1963.


Whittaker tiba di puncak dunia itu pada 1 Mei 1963 diikuti oleh beberapa rakan-rakan sepasukannya selang beberapa minggu kemudian.

Dia dan seorang Sherpa, Nawang Gombu berada di puncak Everest sedekad selepas gunung tersebut ditakluki oleh pendaki New Zealand, Edmund Hillary.

Hillary merupakan manusia pertama yang tiba di puncak setinggi 8,534 meter itu. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan