Berita Harian: Dunia |
Posted: 25 Feb 2013 02:00 PM PST Moscow: Syria sedia berunding dengan pemberontak, kata Menteri Luarnya, Walid al-Moualem, semalam, tawaran paling jelas kepada penentang kerajaan yang mahu menumbangkan Presiden Bashar al-Assad. Pada masa sama, Syria akan terus menentang keganasan, merujuk kepada konflik dengan pemberontak yang sudah meragut 70,000 nyawa, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ada pemberontak lebih bertegas mahukan pengunduran Bashar sebelum sebarang rundingan bermula. Keluarga Bashar sudah memerintah Syria sejak 1970. Bashar dan musuhnya terperangkap dalam pertempuran selepas hampir dua tahun berperang, menyaksikan kemusnahan dan penderitaan penduduk awam. "Kami sedia adakan dialog dengan sesiapa yang mahukannya. Malah dengan mereka yang mempunyai senjata di tangan kerana kami percaya pembaharuan tidak akan diperoleh menerusi pertumpahan darah tetapi menerusi dialog," kata Moualem menerusi agensi berita Russia, Itar-Tass. Beliau bercakap di Moscow pada pertemuan dengan Menteri Luar negara itu, Sergei Lavrov. Russia adalah sekutu kuat Bashar.
Kerajaan Syria dan pembangkang berkata, beberapa minggu kebelakangan ini mereka bersedia untuk beberapa hubungan, melonggarkan penolakan rundingan sebelum ini untuk menyelesaikan konflik yang menyebabkan hampir sejuta rakyat meninggalkan negara itu dan berjuta yang lain hilang tempat tinggal dan kelaparan.
|
Posted: 25 Feb 2013 01:58 PM PST Riyadh: Bilangan jemaah umrah yang tiba di Arab Saudi sejak tiga bulan lalu mencapai lebih 1.6 juta orang, kata Menteri Haji, Dr Bandar Hajjar, semalam. "Kami jangka kedatangan mencecah bilangan rekod jemaah menjelang bulan Ramadan ini," katanya yang percaya bilangan keseluruhan jemaah umrah tahun ini akan melebihi enam juta.
Katanya lagi, bilangan jemaah umrah meningkat antara 10 hingga 20 peratus setiap tahun. Hajjar berkata, kementerian terbabit juga mengatur mesyuarat dengan wakil misi Haji di lebih 70 negara untuk membuat persediaan menjelang musim Haji tahun ini. "Mesyuarat ini bertujuan membantu misi Haji mengatur jemaah dengan memberi pendidikan mengenai ibadat haji," kata menteri terbabit.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan