Harian Metro: Global |
Posted: London: Dia menyara hidup dengan memandu kereta lumba Formula 1. Tetapi kini Lewis Hamilton mempunyai pengangkutan yang jauh lebih laju sebuah jet bernilai 20 juta pound (RM97 juta).
Sementara Hamilton tinggal di Monaco, bekas anggota Pussycat Doll itu berpangkalan di Los Angeles dan kedua-duanya membuat perjalanan ke serata dunia untuk tugas mereka. Rakannya berkata, jejaka berusia 28 tahun itu membeli jet mewah itu untuk memudahkan perjalanannya menemui teman wanitanya sekerap mungkin.
HAMILTON berharap jet Bombardier CL-600 akan memudahkan hubungan jarak jauhnya dengan Nicole. JET peribadi Hamilton dilengkapi dengan katil mudah alih, televisyen plasma dan bar. Hamilton kemudian membuat penerbangan sulung ke Stuttgurt, Jerman, di mana dia melawat pasukan Formula 1, selepas menandatangani kontrak 60 juta pound (RM292 juta) dengan Mercedes September lalu.
Itu bermakna mereka tidak perlu berdepan penundaan di lapangan terbang awam yang menyediakan penerbangan untuk orang ramai. Nicole baru-baru ini berkata: "Saya tidak syorkan hubungan jarak jauh pada orang lain. Hamilton juga akan berkata begitu.
|
Posted: Albuquerque (New Mexico): Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mati dirempuh kereta api laju Amtrak ketika dia melintas landasan sambil mendengar muzik. Polis berkata, Jose Angel dia mendengar konduktor membunyikan hon, kerana dia memakai fon kepala ketika berjalan pulang dari Sekolah Tinggi Bernalillo di sepanjang landasan kereta api bersama dua kawannya.
Polis menemui serpihan fon kepala dalam telinga mangsa dan iPod di tempat kejadian.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan