Harian Metro: Global |
Posted: 22 Jan 2013 03:04 PM PST Sussex: Selama tiga tahun Tracey Sharp percaya dia akan gembira berkongsi suami dengan enam wanita lain. Dia mencintai bekas rabai, Philip Sharp serta bekerja keras di ladang milik keluarga itu dan cuba berbaik-baik dengan 'madunya.' Bagaimanapun, selepas dipencilkan, dicemburui dan kesunyian, Tracey tidak dapat lagi menanggung penderitaan. Dia akhirnya mendapat keberanian meninggalkan 'suaminya' yang kini dikenali sebagai 'rabai yang berang.' Kini, selepas lebih dua tahun dan menetap bersama-sama anaknya di rumah pangsa dua bilik di Sussex, Tracey mendedahkan kisah buruk di sebalik keluarga ganjil itu.
Menurut Tracey, pergaduhan sering berlaku antara 'isteri' Sharp. Mereka bekerja enam hari seminggu dan diberi elaun RM150 sebulan untuk hidup sedangkan lelaki itu dilayan seperti 'raja.' Tracey mula berkenalan dengan Sharp pada 1998 ketika dia menjadi rabai di sebuah kuil Yahudi di Hove, Sussex, selepas berpisah dengan suaminya.
TRACEY (dua dari kiri) bersama Sharp (berkemeja biru muda) dan 'isterinya' yang lain. TRACEY Beberapa tahun selepas itu, dia 'berkahwin' dengan Hannah, Vreni, Margo, Chava dan Karyn. Lelaki itu mempunyai 12 anak hasil perkahwinan dengan tujuh wanita itu. Tidak satu pun perkahwinan itu dilakukan menurut undang-undang dan Sharp berkata, perkahwinan hanya berlaku ketika seks.
Tracey yang melahirkan dua anak Sharp - Naomi, kini 9 tahun dan Mischa, 3 tahun, berkata, dia mulanya mempercayai sepenuhnya lelaki itu dan ajarannya. Bercakap dalam wawancara dengan majalah Closer, Tracey berkata: "Saya mencintainya dan percaya ajarannya." Ketika hamil kali pertama, Tracey berkata, dia dan Sharp begitu rapat menyebabkan madunya cemburu.
|
Posted: 22 Jan 2013 02:59 PM PST Cebu City: Seorang lelaki Kanada yang berdepan dakwaan memiliki senjata api secara haram melepaskan tembakan di dalam kamar mahkamah Filipina semalam, membunuh dua orang dan mencederakan seorang pendakwa raya sebelum polis menembaknya. Suspek, John H Pope muncul di mahkamah di pusat bandar raya Cebu, tempat dia tinggal untuk menghadapi dakwaan apabila tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak seorang peguam dan doktor yang memfailkan kes terhadapnya, kata polis.
Polis berkata, mereka sedang menyiasat latar belakang Pope.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan