Berita Harian: Dunia |
Tokoh Islam India ajak Rushdie debat Posted: 28 Jan 2013 02:56 PM PST Mumbai: Sekumpulan tokoh yang juga anggota Lembaga Undang-Undang Persendirian Muslim Seluruh India (AIMPLB) menjemput penulis The Satanic Verses, Salman Rushdie untuk berdebat mengenai Islam dan Nabi Muhammad SAW. Tokoh berkenaan yang menyokong diadakan dialog dengan Rushdie mengambil bahagian dalam seminar Maulidur Rasul di sini, kelmarin. Seminar berkenaan ditaja oleh pertubuhan Wahdat-e-Islami Hind, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memprotes terhadap Rushdie dan penulis Bangladesh, Taslima Nasreen. Terkejut cadang debat Ramai peserta seminar dikatakan terkejut apabila seorang anggota AIMPLB yang juga peguam berpengalaman, Yusuf Muchala mencadangkan debat itu. "Tidakkah lebih baik jika kita tidak menentang kunjungannya ke Mumbai sebaliknya kita jemput Rushdie ke sini dan mengadakan soal jawab dengannya. Yusuf yang mengetuai bahagian perundangan AIMPLB turut merayu penduduk Islam tidak melakukan bantahan ganas terhadap Rushdie. Sokong cadangan Cadangan Yusuf disokong profesor undang-undang Universiti Aligarh Muslim, Dr Shakil Samdani yang turut menjadi speaker seminar berkenaan. "Rushdie wajar mendengar pandangan orang Islam secara baik. Orang Islam juga patut berdebat dengannya dan tidak mengeluarkan ancaman bunuh atau membantah lawatannya ke sini," katanya. - AGENSI |
Posted: 28 Jan 2013 02:55 PM PST Tokyo: Bekas duta Jepun ke China menyifatkan tindakan Tokyo membeli pulau Senkaku sebagai satu kesilapan dan tidak kena pada masanya. Pulau itu yang dikenali sebagai Diaoyu di China mencetuskan kemarahan Beijing hingga menjejaskan hubungan dua hala.
Akses maklumat "Mereka mungkin ada akses kepada maklumat yang saya tidak tahu. Tetapi, secara peribadi, saya berpendapat masanya tidak sesuai," kata Niwa di Kelab Wartawan Asing Jepun. Niwa yang juga wakil sektor swasta pertama menjadi duta ke China ketika itu mendapati pandangannya bercanggah dengan kerajaan dalam isu berkenaan. Ia selepas Perdana Menteri ketika itu, Yoshihiko Noda meneruskan rancangan membeli beberapa pulau berkenaan daripada pemilik persendirian.
Eksport Jepun terjejas Ia menyebabkan protes anti-Jepun membawa kepada insiden ganas di China dan menjejaskan dengan teruk eksport Jepun ke pasaran luar terbesarnya. "Kerajaan Jepun sepatutnya menimbang kemungkinan bahawa mungkin inilah persoalan sebenar," kata Niwa. Sekurang-kurangnya, katanya lagi, Jepun sepatutnya memberi penjelasan lebih baik kepada China dan masyarakat antarabangsa. Niwa percaya, Beijing tidak mahu isu tuntutan wilayah bertukar kepada konflik bersenjata. Beliau juga percaya, China menganggap tindakan Jepun sebagai mencabul persetujuan tidak bertulis untuk mengelak meningkatkan ketegangan. "Ada pihak di China menganggap Jepun mencabul hubungan berasaskan kepercayaan," katanya. Beijing juga menganggapnya satu penghinaan kerana berlaku selepas mesyuarat antara Noda dan Presiden Hu Jintao. "Malang sekali pihak Jepun tersilap mentafsir keadaan," katanya. - AP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan