Kosmo Online - Dunia |
- Bashar sanggup mati
- Obama kembali ke White House
- Penyelamat cari pelarian Rohingya yang karam di Bangladesh
Posted: Bashar sanggup mati
DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar Al-Assad berikrar sanggup mati di Syria dan tidak akan melarikan diri ketika konflik di negaranya memasuki bulan ke-19. Beliau membuat kenyataan itu pada satu wawancara dengan stesen televisyen Russia Today TV yang disiarkan semalam. Wawancara itu disiarkan dua hari selepas Perdana Menteri Britain, David Cameron mencadangkan supaya Bashar diberi laluan selamat untuk keluar dari negara ini jika cara itu boleh menamatkan perang saudara yang sudah meragut hampir 36,000 nyawa. "Saya bukan boneka, saya bukan diarah oleh Barat untuk ke negara Barat atau mana-mana negara lain," kata Bashar. Beliau turut memberi amaran terhadap sebarang campur tangan tentera asing. "Saya tidak fikir Barat sedang menuju ke arah ini, namun, jika ia berlaku tiada siapa boleh meramalkan apakah akibatnya," kata Bashar. Lokasi wawancara itu masih tidak diketahui. Pertempuran antara tentera Bashar dengan para penentang di Syria bermula sejak Mac tahun lalu. Para penentang menuntut supaya Bashar meletakkan jawatan ekoran kegagalannya untuk membawa pembaharuan pentadbiran dan kebebasan bersuara. - Agensi | |
Posted: Obama kembali ke White HouseWASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kembali ke White House kelmarin selepas beliau memenangi pilihan raya presiden dengan mengalahkan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney. Obama kini berdepan dengan cabaran yang sukar ekoran Dewan Perwakilan dikuasai oleh parti Republikan. Parti Demokrat yang dianggotai Obama pula menguasai Dewan Senat. Sebelum pulang ke White House, Washington dari Chicago, Obama sempat menghubungi para pemimpin parti Republikan bagi membincangkan isu ekonomi bagi mengelak AS terjebak ke dalam kancah kemelesetan. Beliau menghubungi Speaker Dewan Perwakilan, John Boehner dan pemimpin parti tersebut di Dewan Senat, Mitch McConnell. Menurut seorang pegawai White House, Obama mengulangi komitmennya untuk mencari penyelesaian bagi mengurangkan defisit dan cukai untuk keluarga kelas pertengahan. Pegawai itu menyatakan, kejayaannya menjadi presiden untuk penggal kedua itu merupakan isyarat daripada para pengundi yang mahu kedua-dua parti mengetepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan penyelesaian ekonomi. Pada pilihan raya yang diadakan pada Selasa lalu, Obama memperoleh 303 undi pemilih berbanding Romney yang mendapat 206 undi. Sebanyak 270 undi pemilih diperlukan untuk memenangi pilihan raya presiden. Obama yang berkulit hitam mempertahankan jawatannya buat penggal kedua berturut-turut. - Agensi | |
Penyelamat cari pelarian Rohingya yang karam di Bangladesh Posted: Penyelamat cari pelarian Rohingya yang karam di BangladeshAP DHAKA - Sekumpulan anggota penyelamat Bangladesh semalam mencari 50 orang yang masih hilang selepas sebuah bot membawa sejumlah pelarian Rohingya dari Myanmar karam, kata beberapa pegawai. Ketika karam, bot yang dinaiki 110 orang itu menuju ke Malaysia. Sejumlah nelayan, anggota tentera laut dan pasukan pengawal pantai berjaya menyelamatkan 60 pelarian itu selepas bot berkenaan karam pada pagi kelmarin. Bot itu karam 15 kilometer di luar pantai Cox's Bazaar. "Setakat ini, seramai 60 orang telah berjaya diselamatkan," kata Ketua Pasukan Pengawal Sempadan Bangladesh, Leftenan Kolonel Zahid Hasan. Menurutnya, pihak pasukan pengawal pantai menahan 25 orang yang terdiri daripada penduduk Bangladesh dan Rohingya untuk disoal-siasat. Ratusan ribu etnik Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar sejak beberapa dekad lalu ekoran penindasan yang berlaku terhadap mereka. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan