Berita Harian: Dunia |
Wanita pertama ketuai Interpol Posted: 09 Nov 2012 01:00 PM PST Rome: Perhimpunan Agung Interpol di sini memilih pesuruhjaya polis Perancis yang terkenal bersungguh-sungguh menentang jenayah terancang di Bordeaux dan Corsica, sebagai presiden wanita pertamanya kelmarin. "Mireille Ballestrazzi dari Perancis menjadi wanita pertama dipilih sebagai presiden Interpol," kata persatuan menentang jenayah berat antarabangsa dalam Twitter.
|
Malala Yousufzai layak diberi Nobel Keamanan Posted: 09 Nov 2012 12:56 PM PST Aktivis Britain saran anugerah kepada remaja Pakistan London: Beribu-ribu warga Britain semalam menggesa kerajaan mencalonkan remaja Pakistan, Malala Yousufzai, supaya diberi hadiah Nobel Keamanan. Malala tidak hanya mewakili seorang wanita muda tetapi bercakap bagi semua pihak yang dinafikan pendidikan kerana jantina mereka," Shahida Choudhary, Aktivis Gadis berusia 15 tahun itu menerima rawatan pakar di Birmingham selepas penyerang melepaskan tembakan yang kena di kepalanya pada 9 Oktober lalu. Serangan itu mengundang kritikan antarabangsa dan Malala menjadi simbol penentangan terhadap cubaan Taliban menekan hak wanita. Wanita Pakistan-Britain, Shahida Choudhary, menggesa Perdana Menteri David Cameron dan beberapa pegawai kanan kerajaan mencalonkan Malala untuk anugerah itu. "Malala tidak hanya mewakili seorang wanita muda tetapi bercakap bagi semua pihak yang dinafikan pendidikan kerana jantina mereka," kata Shahida yang mengetuai kempen di Britain itu dalam kenyataan di laman web Change.org. Menurut peraturan Jawatankuasa Nobel, cuma tokoh terkenal seperti anggota perhimpunan negara dan kerajaan boleh membuat pencalonan. Malala bergelut untuk hidup Malala tidak sedarkan diri dan bergelut untuk hidup ketika dibawa ke Britain sebulan lalu tetapi hospital di Birmingham, lokasi beliau dirawat berkata gadis itu semakin pulih. Hospital itu menyiarkan gambar Malala membaca buku dan memeluk patung beruang putih, dengan kesan lebam hitam pada kelopak matanya. Remaja itu kelihatan serius dan fokus pada pembacaannya, rambutnya ditutup dengan tudung berwarna merah jambu terang dan putih. Bapa dan anggota keluarganya yang lain sudah ada di Birmingham melihat pemulihannya. Pada 26 Oktober lalu, bapanya berkata, Malala akan bangkit semula untuk mengejar impian selepas rawatan. Serangan ke atas Malala adalah kemuncak kesan kempennya yang menyebabkannya dilihat menentang panglima berpengaruh Taliban, Maulana Fazlullah. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan