Kosmo Online - Dunia |
Penduduk New York masih terjejas Posted: Penduduk New York masih terjejasSEBUAH rumah yang musnah masih belum dibaiki di Pantai Union, New Jersey kelmarin. NEW YORK - Kekurangan bekalan petrol dan diesel semalam menjejaskan usaha-usaha pemulihan di lokasi yang dilanda taufan Sandy pada minggu lalu. Bagaimanapun, bekalan elektrik kembali pulih di kebanyakan kawasan Manhattan kelmarin selepas banjir melanda kawasan perumahan. "Manhattan tidak lagi kelihatan seperti bandar hantu," kata seorang jurucakap syarikat elektrik Con Edison, Bob McGee. Para kakitangan syarikat itu berusaha untuk memulihkan bekalan di sekolah yang dijangka dibuka semula pada hari ini. Menurut Gabenor New York, Andrew Cuomo, kira-kira 40 peratus penduduk tidak akan mendapat bekalan elektrik selama seminggu lagi. SEJUMLAH penduduk menunggu untuk memperoleh bekalan petrol percuma di Brooklyn, New York kelmarin. Ketiadaan bekalan elektrik itu akan menyebabkan penduduk tidak dapat menggunakan alat pemanas ketika cuaca sejuk melanda. Menurut Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (AS), kira-kira 550,000 penduduk tidak mendapat bekalan elektrik di Pulau Long. Sementara itu, polis di New Jersey meningkatkan angka kematian kepada 22 orang sekali gus menjadikan jumlah korban taufan tersebut di AS ialah 109 orang. Para pegawai di sini turut mengumumkan bahawa beberapa buah trak tentera akan membawa 38 liter minyak untuk diberikan kepada para pemandu secara percuma. Taufan itu melanda kawasan Pantai Timur AS sehingga hampir menenggelamkan bandar raya ini pada Isnin lalu. - Agensi |
Pilihan raya AS dijangka sengit Posted: Pilihan raya AS dijangka sengitBEKAS presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton (kiri) mengangkat tangan Obama (tengah) pada satu kempen pilihan raya di Bristow, Virginia kelmarin. - REUTERS WASHINGTON - Pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung esok dijangka menjadi antara yang paling sengit dalam sejarah negara ini. Pada pilihan raya itu, Presiden AS, Barack Obama mempertahankan jawatannya buat kali kedua dengan menentang bekas gabenor Massachusetts, Mitt Romney daripada parti Republikan. Obama daripada parti Demokrat memenangi pilihan raya presiden AS pada tahun 2008 dengan menewaskan pencabarnya daripada parti Republikan, Senator John McCain. Satu tinjauan pendapat yang disiarkan Wall Street Journal/NBC News semalam menunjukkan Obama memperoleh sokongan sebanyak 48 peratus manakala Romney mendapat 47 peratus. Tinjauan pendapat itu dilakukan terhadap 1,475 pengundi di seluruh negara. Obama dan Romney yang juga seorang jutawan menggunakan hari-hari terakhir untuk berkempen di beberapa buah negeri sebelum pengundian berlangsung. Presiden AS itu akan berkempen di New Hampshire, Florida, Ohio dan Colorado. Romney pula akan berkempen di Iowa, Ohio, Pennsylvania dan Virginia. Presiden AS dipilih bukan melalui undi popular tetapi sebaliknya mereka perlu memenangi 270 undi pemilih untuk menduduki White House. Dalam satu tinjauan pendapat terbaharu ABC News/Washington Post semalam, Obama dan Romney memperoleh sokongan yang sama banyak iaitu 46 peratus. Tinjauan pendapat itu mendapati ramai golongan muda dan wanita yang menyokong Obama. Golongan tua pula lebih berminat memberi sokongan kepada Romney. Pada hari-hari terakhir kempen, Obama meminta beliau diberikan mandat sekali lagi bagi membolehkannya menyelesaikan semua kerja-kerjanya. - Agensi |
Suu Kyi enggan ulas isu Rohingya Posted: Suu Kyi enggan ulas isu RohingyaYANGON - Pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi (gambar) enggan mengulas tentang keganasan yang menimpa etnik Rohingya di negara ini, menurut laporan Perbadanan Penyiaran British kelmarin. Menurutnya, beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam keganasan yang melibatkan etnik Rohingya itu dengan Rakhine. Pemenang Hadiah Keamanan Nobel itu telah menyebabkan masyarakat antarabangsa berasa kecewa disebabkan sikap berdiam dirinya. Lebih 100,000 penduduk telah berpindah sejak Jun lalu selepas berlaku dua keganasan di negeri Rakhine. Dalam keganasan terbaharu, 30,000 orang menjadi pelarian manakala puluhan orang terbunuh dan beribu-ribu rumah dibakar. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan