Isnin, 5 November 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Ribut bakal landa dua bandar

Posted: 05 Nov 2012 02:47 PM PST

New York: Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan meramalkan bahawa satu lagi ribut dengan kelajuan sekurang-kurangnya 88 kilometer sejam bakal membadai New York dan New Jersey esok (Rabu) dan boleh memburukkan lagi keadaan akibat taufan Sandy yang melanda minggu lalu.

"Bersedia untuk lebih banyak gangguan. Terus berada di dalam rumah dan sediakan bekalan lagi," nasihat pakar perkhidmatan kaji cuaca Joe Pollina.

Beliau berkata ribut terbaru ini akan hampir kuat seperti Sandy dan boleh menyebabkan angin yang lebih kuat dari biasa malah melebihi dari Nor'easter biasa. Suhu sejuk

Sementara itu, suhu sejuk melanda dan Gabenor New York, Andrew Cuomo berkata ini bermakna berpuluh ribu penduduk yang rumah mereka rosak akibat taufan baru-baru ini memerlukan tempat lain untuk tinggal.

"Rumah tanpa alat pemanas tidak boleh didiami," kata gabenor itu.
Beliau berkata penduduk yang enggan meninggalkan rumah mereka akan dipaksa untuk berbuat demikian dan perlukan penempatan.

Datuk bandar New York, Michael Bloomberg berkata bahawa 20,000 penduduk di bandaraya itu perlukan bantuan perumahan.
Kelajuan 40, 45 batu sejam

Pollina berkata angin kencang dari ribut terbaru ini akan dapat dilihat di timur Long Island. Angin paling laju di New York City adalah mungkin sehingga 65 kilometer sejam. Pakar meteorologi, Adrienne Liptivh berkata bahawa Atlantic City, New Jersey akan menyaksikan kelajuan angin sehingga 45 batu sejam.

Kawasan lebih jauh di New Jersey di Passaic dan Bergen akan menyaksikan angin lebih lemah, kata Pollina.

Pollina memberi amaran bahawa lebih banyak hakisan pantai dan banjir di kawasan pantai berlaku bergantung kepada keadaan air pasang. Hanya hujan sederhana diramalkan.

Beliau berkata kebanyakan pokok yang sudah sedia lemah akibat serangan Sandy mungkin akan tumbang berikutan ribut terbaru. - Agensi

Isteri Presiden Korea Selatan disiasat

Posted: 05 Nov 2012 02:46 PM PST

Seoul: Isteri presiden Korea Selatan, Lee Myung-Bak, Kim Yoon-Ok akan disoal siasat dalam siasatan terhadap jual beli rumah persaraan presiden yang sebelum ini turut membabitkan adik dan anak lelaki Lee, kata pihak berkuasa semalam.

Pembabitan Kim dalam siasatan itu berlaku ketika waktu sensitif di mana Korea Selatan bakal berhadapan dengan satu pilihan raya presiden pada 19 Disember.

"Kami memutuskan untuk menyiasat wanita pertama Kim," kata pembantu khas konsul, Lee Chang-Hoon kepada pemberita semalam.

"Kaedah dan masa untuk soal siasat masih lagi dibincangkan dengan pejabat presiden," katanya.

Siasatan akan memfokuskan kepada keadaan luar biasa dalam pembelian sebidang tanah di selatan Seoul bagi membina rumah persaraan Presiden Lee di mana beliau akan melepaskan jawatannya secara rasmi pada Januari.

Lot berkenaan dibeli secara bersama dengan anak lelaki presiden, Lee Si-Hyung dan perkhidmatan keselamatan presiden yang sepatutnya perlu menempatkan ejennya di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, kos pembelian didakwa tidak sama di mana perkhidmatan keselamatan dikatakan membayar terlalu tinggi manakala anak lelaki Lee mendapat harga di bawah pasaran bagi plot presiden terbabit.
Isteri presiden dan adiknya termasuk dalam siasatan kerana laporan menyebut mereka meminjamkan Lee Si-Hyung sejumlah 600 juta untuk membeli lot terbabit. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan