Kosmo Online - Dunia |
- Israel cabul gencatan senjata
- Lanun Indonesia rampas kapal Malaysia
- Lebih 140 buah kenderaan berlanggar di Texas
Posted: Israel cabul gencatan senjata
BANDAR GAZA - Seorang penduduk Palestin ditembak mati oleh anggota tentera Israel di sempadan Gaza semalam, kata beberapa pegawai kesihatan. Menurut mereka, 15 orang lagi cedera dalam kejadian tersebut yang berlaku selepas gencatan senjata antara pergerakan Hamas dan Israel dipersetujui pada Rabu lalu. Gencatan senjata itu dipersetujui selepas Israel melancarkan serangan udara dan laut di Gaza selama lapan hari bagi membalas serangan roket para pejuang Hamas. Seorang jurucakap Hamas menuduh Israel mencabuli perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Mesir itu. Beberapa pegawai kesihatan menyatakan, penduduk Palestin yang terbunuh itu, Anwar Odeih, 23, terkena tembakan di kepala selepas dia mendekati pagar keselamatan di sempadan Gaza. "Anwar hanya cuba untuk meletakkan bendera Hamas di pagar itu," kata seorang saudara lelaki tersebut. - Agensi | |
Lanun Indonesia rampas kapal Malaysia Posted: Lanun Indonesia rampas kapal MalaysiaGAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan sebahagian lelaki yang disyaki lanun dikawal anggota polis marin Vietnam di bandar Vung Tau. KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Vietnam menangkap 11 orang disyaki lanun Indonesia kerana merampas sebuah kapal tangki yang membawa bahan kimia milik Malaysia ke Borneo, kata Biro Maritim Antarabangsa semalam. Menurut ketua biro itu, Noel Choong, kapal tersebut terputus hubungan pada minggu lalu selepas meninggalkan negeri Johor. Kapal tersebut dipercayai diserang di Laut China Selatan. Pihak berkuasa Vietnam berjaya memintas kapal tangki itu kelmarin dan menangkap 11 suspek. Lanun itu turut menukar nama kapal berkenaan dan mengibarkan bendera Honduras. Anak kapal itu terdiri daripada lima warga Myanmar dan empat rakyat Indonesia. Akhbar Tuoi Tre News melaporkan semua suspek lanun itu warga Indonesia dan mereka memakai topeng muka semasa merampas kapal tersebut. - AFP | |
Lebih 140 buah kenderaan berlanggar di Texas Posted: Lebih 140 buah kenderaan berlanggar di TexasBEBERAPA buah trak turut terlibat dalam perlanggaran itu. BEAUMONT, Texas - Dua orang mati dan lebih 80 cedera apabila dianggarkan 140 hingga 150 buah kenderaan termasuk trak berlanggar di sebuah lebuh raya di Texas kerana kabus tebal kelmarin. "Ia merupakan malapetaka. Saya mendapati kereta berada di atas kereta," kata seorang timbalan syerif di daerah Jefferson, Rod Carroll. Kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Antara Negeri 10, 128 kilometer ke timur Houston. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan