Harian Metro: Global |
Posted: 23 Nov 2012 11:13 AM PST LONDON: Wanita digelar "Ibu Super Britain," Sue Radford, selamat melahirkan anak ke-16 dan belum bercadang untuk berhenti hamil. "Saya mahu anak lagi," katanya kepada media, semalam.
Rumah itu pernah menjadi pusat penjagaan kanak-kanak kurang bernasib baik.
Keputusan itu dibuat kerana Sue dan Noel sendiri diserahkan kepada keluarga angkat sebaik saja dilahirkan. Sue dan Noel berkahwin empat tahun kemudian dan anak kedua mereka, Sophie, 18, menyusul, sebelum diikuti Chloe, 17; Jack, 15; Daniel, 13; Luke, 11; Millie, 10; Katie, 9; James, 8; Ellie, 7; Aimee, 6; Josh, 4; Max, 3; dan Tilly May, 2.
Kata Sue, Casper disambut doktor hanya selepas dia berada 16 minit di dalam bilik bersalin. Menurutnya, kehadiran Casper bagaikan satu mimpi dan melengkapkan kegembiraan dinikmati mereka sekeluarga.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/24 |
100 kenderaan terbabit kemalangan di lebuh raya: 2 maut, 51 cedera Posted: 23 Nov 2012 10:38 AM PST BEAUMONT (Texas): Dua maut dan berpuluh cedera semalam apabila sekurang-kurangnya 100 kenderaan terbabit dalam kemalangan di lebuh raya yang diselubungi kabus tebal. Insiden itu menyebabkan ada antara kenderaan terbabit saling bertindih dan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa. Kemalangan pada hari sambutan cuti Thanksgiving itu berlaku kira-kira 128 kilometer di timur Houston. Sekurang-kurangnya 51 orang dirawat di hospital dan lapan daripadanya dalam keadaan parah. Selain faktor cuaca, tidak jelas bagaimana kemalangan itu berlaku.
"Kami turut dibantu mangsa kemalangan yang tidak cedera," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/24 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan