Berita Harian: Dunia |
Posted: 17 Nov 2012 02:49 PM PST Gaza: Israel cuba membunuh Perdana Menteri Palestin daripada pergerakan Hamas, Ismail Haniyeh semalam pada hari ke-4 serangan udara di Gaza dengan membedil pejabatnya dan Kementerian Dalam Negeri. Haniyeh tidak berada di pejabatnya ketika serangan menyasarkan pegawai kanan Hamas, Abu Hassan Salah menyebabkan rumah tiga tingkat miliknya musnah sama sekali. Petanda semakin kukuh bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mahu melancarkan serangan di Gaza selepas tenteranya mengumumkan semua orang awam dilarang menggunakan lebuh raya menuju wilayah Palestin itu dan dua jalan raya di sempadannya. Seramai 1.7 juta penduduk Palestin tinggal di Gaza yang dilaporkan sebagai penjara terbesar dunia. Kereta kebal dan senjata lain sudah dilihat di zon sempadan dengan 16,000 askar simpanan sudah bersiap sedia bertugas. Tentera Israel memberitahu, 367 roket dilancarkan dari Gaza sejak Rabu lalu dan 222 lagi dipintas sistem anti peluru berpandunya yang digelar Iron Dome. Khamis lalu, tiga orang awam Israel maut disebabkan serangan roket Palestin. Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghubungi Netanyahu bagi membincangkan langkah memberhentikan keganasan, kata Rumah Putih. Obama menekankan sekali lagi sokongan Amerika kepada Israel untuk mempertahankan diri selain menyuarakan rasa kesal atas kematian orang awam Yahudi dan Palestin. Wartawan tentera radio Israel berkata, ibu pejabat tentera mengarahkan pihak berkuasa perbandaran melakukan persiapan kerana pertempuran boleh mengambil masa tujuh minggu. Perang terakhir di Gaza membabitkan serangan udara Israel selama tiga minggu pada 2008-2009. Kempen itu menyebabkan lebih 1,400 penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya orang awam. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dijangka mengunjungi Mesir dan Israel minggu depan bagi menggesa pertempuran dihentikan. |
Lelaki enggan jual 'batu burung Ababil' Posted: 17 Nov 2012 02:44 PM PST Riyadh: Seorang lelaki ditawarkan AS$4 juta (RM12 juta) untuk membeli batu hitam disebut di dalam al-Quran yang ditemui ketika memburu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Yaman. Saleh Musfer Al Gamdi berkata, batu itu yang memaparkan lukisan burung dan gajah, seberat 131 gram, sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan