Rabu, 7 November 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kejayaan Psy diiktiraf kerajaan

Posted: 06 Nov 2012 08:43 AM PST

SEOUL: Korea Selatan memberi penganugerahaan kebudayaan paling tinggi kepada penyanyi rap, Psy kerana kejayaan mengejut yang dicapainya menerusi video 'Gangnam Style.'

Kementerian Kebudayaan semalam mengumumkan, penyanyi berusia 34 tahun itu yang nama sebenarnya Park Jae-Sang, akan dianugerahkan dengan Pingat Okgwan Order of Cultural Merit kerana sumbangannya terhadap seni.


"Psy dipilih bukan hanya kerana sudah lama menjadi artis tetapi juga mengiklankan Gangnam secara meluas dan meningkatkan minat dunia terhadap negara ini," kata seorang pegawai kementerian itu.

Psy menjadi terkenal di peringkat antarabangsa selepas videonya, 'Gangnam Style' menjadi popular setelah dimuatnaikkan pada YouTube Julai lalu.


Dalam video itu, Psy mempersembahkan tarian kuda yang kini semakin terkenal.


'Gangnam Style' yang mengisahkan kehidupan di kawasan golongan kaya di Seoul, ditonton sebanyak 654 juta kali, menjadikannya video kedua paling banyak ditonton, dibelakang video 'Baby,' persembahan Justin Bieber yang mencatatkan 796 juta tontonan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


Komputer riba punca tak subur

Posted: 06 Nov 2012 08:38 AM PST

LONDON: Sepasang suami isteri yang berusaha mendapatkan anak terkejut apabila doktor berkata, kegagalan mereka berpunca daripada komputer riba.

Scott Reed dimaklumkan bahawa dengan meletakkan komputer pada ribanya menyebabkan haba merosakkan spermanya.

Kesannya, juruelektrik berusia 30 tahun dan isteri, Laura, juga 30, sukar untuk memperoleh anak.

Berikutan itu, Scott menggunakan komputer ribanya di meja dan tiga bulan kemudian, isterinya hamil anak perempuan mereka, Taryn.


Laura berkata: Saya tidak pernah dengar perkara ini berlaku sebelum ini.

Apabila diberitahu mengenainya oleh doktor, ia satu kejutan besar.

"Scott biasanya menggunakan komputer ribanya sebelah petang selama beberapa jam dan menutupnya ketika kami menonton televisyen.

"Dia akan gunakannya untuk tugasnya dan perkara lain seperti Facebook.

"Kami langsung tidak terfikir ia akan menjejaskan spermanya."

Pasangan dari Clanfield, Hampshire itu mengunjungi doktor mereka selepas Laura gagal hamil walaupun selepas berusaha selama enam bulan.

Pada mulanya, doktor menyangka kesuburan Reed dikatakan terjejas akibat beguk yang dialaminya ketika berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati dia menghasilkan jumlah sperma yang sihat tetapi rosak akibat terkena haba.

Menerusi mikroskop, ia dapat melihat ekor sperma bergulung pada kepalanya, bermakna ia tidak boleh berenang cepat ke arah telur.

Masalah itu adalah perkara biasa dihadapi tukang masak yang bekerja dalam persekitaran yang panas.

"Selepas bertanya sama ada saya tukang masak, soalan berikutnya ialah 'adakah anda menggunakan komputer riba? "Saya menggunakannya setiap hari dan tidak pernah terbayang kesannya," kata Scott. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


Tiada ulasan:

Catat Ulasan