Berita Harian: Dunia |
Posted: 07 Nov 2012 02:38 PM PST [unable to retrieve full-text content]Barack Obama berjanji tidak akan mensia-siakan kepercayaan diberikan kepadanya selepas dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk tempoh empat tahun lagi dengan mengalahkan calon Republikan, Mitt Romney. “Saya kembali ke Rumah Putih dengan semangat lebih tinggi... dengan lebih inspirasi daripada sebelum ini,” katanya. |
Positif, sinis reaksi Obama menang Posted: 07 Nov 2012 02:35 PM PST Keputusan pilihan raya Presiden Amerika cetus pelbagai pandangan Dubai: Rata-rata masyarakat antarabangsa menyambut baik kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
Akhbar bahasa Arab Al-Sharq al-Awsat menyatakan, kesan kemenangan Obama tidak dapat dipastikan ke atas rantau Asia Barat. Meskipun ada yang menganggap kemenangan Obama akan membantunya menangani isu Syria, nuklear Iran dan konflik Israel-Palestin, ada juga menganggap beliau tiada strategi jelas. Di Israel, pengulas membahaskan kesannya ke atas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang secara terbuka menyokong Romney. Tetapi, penulis akhbar Yediot Ahronoth, Shimon Schiffer yakin Obama tidak akan membalas dendam ke atas Netanyahu.
Teruskan dasar sama Akhbar Perancis, Le Figaro berpendapat pemilihan semula Obama memberi jaminan dasar sama akan diteruskan. Akhbar Liberation mengucapkan tahniah kepada Obama kerana berjaya dipilih semula meskipun negaranya dilanda krisis ekonomi, sesuatu yang jarang dicapai pemimpin lain. Majalah Jerman, Spiegel, pula menganggap Obama menang kerana 'kebodohan' dan 'sikap enggan bertolak ansur' Republikan. Penganalisis berita Sina yang mengulas mengenai Amerika, Zhang Guoqing pula menganggap Obama akan meningkatkan tekanan ekonomi dan keselamatan ke atas China. Nenek yakini Obama Di Pakistan, ramai pengulas tidak menjangka perubahan besar dasar Amerika terhadap negara mereka, kata BBC. Di Kenya, akhbar The Standard memetik nenek Obama, Sarah Obama, sebagai berkata dia yakin cucunya akan menang. Akhbar Russia, Izvestiya pula menyifatkan hubungan Washington dan Moscow akan kekal seperti sebelum ini. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan