Kosmo Online - Dunia |
- Aceh tutup gereja dan kuil Buddha
- Gangnam Style tidak popular di Jepun
- Singapura buka terminal kapal mewah
Aceh tutup gereja dan kuil Buddha Posted: Aceh tutup gereja dan kuil Buddha
JAKARTA - Pihak berkuasa di Aceh, Indonesia semalam berkata, mereka terpaksa menutup beberapa buah gereja Kristian dan kuil Buddha selepas mendapat tekanan daripada Barisan Pertahanan Islam (FPI). Aceh merupakan satu-satunya wilayah di negara ini yang mengamalkan undang-udang Islam sepenuhnya. Penutupan rumah ibadat itu menjadi petanda terbaharu mengenai sikap tidak bertoleransi antara agama kian meningkat. Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal memberitahu, penutupan itu dibuat kerana sembilan gereja Kristian dan enam kuil Buddha tersebut tidak memiliki permit. Namun, jelasnya kepada agensi berita AFP, kesemua tempat beribadat itu diarah tutup pada minggu lalu selepas mendapat aduan daripada FPI dan berlaku sedikit ketegangan sebelum keputusan dibuat. "Kami tidak mahu sebarang masalah keselamatan timbul di Banda Aceh disebabkan aktiviti-aktiviti haram," kara Djamal. FPI menyifatkan dirinya sebagai penguat kuasa moral dan undang-undang Islam. Ia sering menyertai pasukan polis dalam operasi serbuan ganas ke atas bar dan pusat-pusat pelacuran. Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri memberi isyarat bahawa ia tidak akan campur tangan. Seorang jurucakap berkata, tidak berlaku sebarang penutupan ke atas semua rumah ibadat tersebut kerana ia belum mempunyai permit. - AFP | |
Gangnam Style tidak popular di Jepun Posted: Gangnam Style tidak popular di JepunPSY menyampaikan lagu Gangnam Style semasa konsert sempena perlumbaan Formula Satu di Litar Antarabangsa Korea, Yeongam, Korea Selatan pada 14 Oktober lalu. SEOUL - Lagu Gangnam Style yang menonjolkan aksi penyanyi rap Korea Selatan, Psy menari tarian kuda tidak popular di Jepun, walaupun lagu tersebut mencipta fenomena di serata dunia. Perkembangan tersebut berlaku di sebalik pengaruh besar muzik pop Korea (K-pop) di negara matahari terbit itu. Namun, peminat K-pop Jepun dilaporkan menjauhi Gangnam Style. Terdapat spekulasi di Korea Selatan bahawa isu pertikaian sejumlah pulau di antara keda-dua negara menyebabkan lagu tersebut tidak popular. Gangnam Style pernah mengungguli beberapa carta muzik di Britain dan Amerika Syarikat. Namun lagu itu cuma berada di tempat ke-30 carta 30 muzik iTunes di Jepun. Bagi memburukkan lagi keadaan, banyak blog muzik Jepun berpendapat, kejayaan besar video muzik Gangnam Style di laman perkongsian video YouTube adalah kerana penggunaan program tontonan automatik dikenali 'bots'. Mereka memberitahu, Gangnam Style mencatat tontonan tinggi ekoran peminat di Korea Selatan menekan butang F5 pada papan kekunci komputer bagi memainkan lagu itu berulang kali. Justeru, sebahagian peminat K-Pop di Jepun menggelarkan lagu popular itu sebagai F5 Style. Menurut beberapa pendapat lain, Gangnam Style kurang mendapat sambutan di Jepun kerana Psy, 34, tidak menerbitkan lagu versi bahasa Jepun seperti dilakukan sejumlah bintang K-pop lain sebelum ini. Muzik video Gangnam Style yang dimuat naik pada Julai lalu telah ditonton lebih 532 juta kali di laman YouTube. - AFP | |
Singapura buka terminal kapal mewah Posted: Singapura buka terminal kapal mewahGAMBAR oleh firma Communications DNA Pte Ltd menunjukkan kapal persiaran Diamond Princess dan Voyager of the Seas berlabuh di terminal Pusat Pelayaran Teluk Marina di Singapura kelmarin. SINGAPURA - Pemerintah di sini membuka sebuah terminal kapal persiaran baharu yang setanding dengan pusat persinggahan kapal-kapal mewah bertaraf dunia sebagai usaha menjadikan republik itu sebagai hab pelancongan serantau. Dikenali dengan nama Pusat Pelayaran Kapal Teluk Marina, ia dibuka secara rasmi kelmarin. Pembinaan terminal tersebut membolehkan pulau ini memenuhi peningkatan bilangan pelancong di Asia yang bercuti di atas kapal-kapal persiaran mewah. Pusat pelayaran itu beroperasi hasil kerjasama di antara pihak Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Singapura dan syarikat Eropah, Creuers del Port de Barcelona. Terminal berkenaan boleh menempatkan kapal penumpang seberat 220,000 tan dengan panjang melebihi 360 meter. Bangunan tersebut turut dilengkapi pelbagai kemudahan yang dibina dengan kos sekitar Sg$500 juta (RM1.25 bilion). Ketua Eksekutif terminal berkenaan, Melvin Vu berkata, Singapura bakal menjadi pangkalan utama pelayaran kapal-kapal mewah berikutan terminal moden yang dimilikinya. "Pembukaan rasmi terminal menjadi mercu tanda kepada satu perubahan signifikan dalam perkembangan landskap pelayaran di Singapura dan rantau ASEAN," katanya. Singapura mencatatkan kehadiran 13.2 juta pelancong asing tahun lalu dengan hasil industri pelancongan mencecah Sg$22.3 bilion (RM55.6 bilion). - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan