Harian Metro: Global |
Posted: 23 Oct 2012 02:43 PM PDT BEIJING: Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali. Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.
Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/24 |
Sindiket rasuah guru untuk jual jawapan peperiksaan dibongkar Posted: 23 Oct 2012 02:41 PM PDT DHAKA: Kegiatan sekumpulan penuntut yang cuba menipu dalam peperiksaan terbongkar selepas polis menahan mereka kerana menggunakan telefon bimbit berbentuk jam tangan, kata pihak berkuasa semalam. Seramai 10 dalang di sebalik penipuan itu dipamerkan kepada media bersama beberapa peralatan elektronik yang digunakan ketika ujian kemasukan ke universiti serta permohonan mendapatkan kerja.
"Mereka kemudian menghantar jawapan soalan itu melalui mesej teks kepada telefon bimbit penuntut yang kelihatan seperti jam itu," katanya. Menurut Moshiur Rahman, calon penuntut universiti utama atau bakal pekerja bank serta kakitangan kerajaan boleh mendapatkan perkhidmatan itu dengan bayaran sekurang-kurangnya RM4,500.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/24 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan