Harian Metro: Global |
Posted: 27 Oct 2012 06:53 AM PDT NEW DELHI: Seorang wanita Bhopal, India bakal 'mencabar' maklumat Buku Rekod Dunia Guinness apabila mendakwa dia adalah wanita kerdil tertua di dunia. Mengaku berusia 113 tahun, Zeenat Bi berkata, dia masih ingat suasana India ketika ditadbir Inggeris dan keluarga bangsawan berpengaruh besar dalam kehidupan seharian.
Kata Zeenat, satu-satunya harta yang ada padanya ialah katil kecil dihadiahkan bekas Ketua Menteri Bhopal, Uma Bharti.
Antaranya, kata Zeenat, dia mahu bertemu bintang Bollywood, Salman Khan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27 |
Lelaki Nigeria guna sihir paksa kanak-kanak jual tubuh Posted: 27 Oct 2012 06:51 AM PDT LONDON: Seorang lelaki yang menggunakan ritual sihir bagi memaksa kanak-kanak menjadi pelacur, didapati bersalah di mahkamah Canterbury atas dakwaan menyeludup manusia dan merogol. Perbicaraan menunjukkan, ramai kanak-kanak dirogol, didera secara seksual dan dibayangi ritual seperti voodoo dilakukan sindiket terbabit. Mangsa juga dikelar dengan pisau, dipaksa meminum cecair busuk dan diambil darah bagi membolehkan mereka 'disihir.' Osezua Osolase, 42, menyamar sebagai pekerja pusat pungutan bahan kitar semula dan menetap di sebuah rumah teres di Gravesend, Kent.
Kegiatan itu membolehkan dia mendapat keuntungan sehingga 1.5 juta (RM7.3 juta). Bagaimanapun, polis yakin angka sebenar keuntungan diperolehnya jauh lebih tinggi berdasarkan bukti dikumpul setakat ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan