Harian Metro: Global |
Posted: 19 Oct 2012 02:41 PM PDT GUANGZHOU: Dua kanak-kanak dirantai pada sebuah bangunan di bandar raya ini ketika ibu bapa mereka bekerja. Budak lelaki dan kakaknya, berusia tiga dan empat tahun diikat dengan rantai besar supaya mereka tidak boleh melarikan diri atau diambil oleh orang tidak dikenali. Kanak-kanak berkenaan, yang ibu bapanya pekerja pendatang yang miskin, pernah dilihat menangis mengenangkan keadaan mereka yang terpaksa di rantai itu. Penduduk berhampiran berkata, ibu bapa kanak-kanak itu berasal dari Hunan, wilayah selatan China dan melakukan pelbagai jenis kerja di kawasan itu.
Si bapa berkata, dia dan isteri sedar mereka tidak sepatutnya merantai anak mereka sedemikian. "Isteri saya sudah beberapa kali menangis kerana terpaksa merantai mereka. Perbuatan itu menggambarkan kemiskinan melampau yang dihadapi ramai keluarga di China. Sebahagian ibu bapa tidak mampu membayar penjagaan anak atau anggota keluarga yang kurang upaya ketika mereka keluar bekerja. Bulan lalu, gambar mendedahkan nasib seorang gadis berusia 13 tahun, Jiang Manqi, yang diikat pada basikal berenjin di Fuzhou, wilayah Fujian. Dia diikat sedemikian untuk membolehkan datuknya mengutip sampah untuk dikitar semula. Keluarganya tidak mampu untuk mengubati penyakit sawannya. Kerana itu dia diikat pada basikal supaya anggota keluarganya boleh mengawasinya. Sementara itu, di Nanjing, timur China, seorang wanita merantai anaknya dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu. Hong Chunlin, 37, menghabiskan sebahagian besar masanya dengan tangan dirantai pada katil. Dia dijaga oleh ibunya, Chen Jiufang yang beryusia 71 tahun. Wanita itu berkata, dia bertindak demikian selepas kelakuan anaknya menjadi ganas. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20 |
Aplikasi iPhone mampu hodohkan wajah Posted: 19 Oct 2012 02:37 PM PDT LONDON: Peter Andre kelihatan seperti mengalami bengkak misteri. Sebenarnya, gambar penyanyi itu telah digunakan oleh seseorang untuk menghasilkan wajah yang begitu buruk menerusi UglyBooth pada iPhone. Ia applikasi muat turun yang mengubah orang berwajah biasa menjadi begitu hodoh. Hidung dibuat untuk kelihatan besar dan penyek. Muka pula ditempel dengan dengan jerawat bernanah.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan