Harian Metro: Global |
Posted: 24 Sep 2012 01:31 PM PDT LONDON: Aurelien Hayman bukan pemuda biasa seperti dijangka. Kini berusia 20 tahun, Hayman memiliki kemampuan mengingati dengan tepat apa saja sepanjang tempoh sedekad lalu. Menghidap hyperthymesia, Hayman boleh menceritakan apa yang dilakukannya, dipakai, dimakan serta berita serta setiap sesuatu yang dialaminya tanpa masalah walaupun ia berlaku lama dulu. Ketika orang normal hanya mampu mengingati tidak lebih daripada 11 peristiwa dalam setiap tahun, Hayman pula sebaliknya.
Namun, kata Hayman, dia menyedari perubahan itu apabila berusia 14 tahun dan mendapati dirinya mempunyai daya ingatan luar biasa. Misalnya, dia boleh bercerita mengenai cuaca pada 1 Oktober 2006 serta lagu yang didengarnya pada hari berkenaan. Hanya 20 orang disahkan menghidap hyperthymesia di dunia dan Hayman adalah satu-satunya di Britain. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/25 |
Posted: 24 Sep 2012 01:29 PM PDT ABU DHABI: Seorang lelaki tempatan menyaman bekas isterinya kerana mencuri sperma beku untuk hamil tanpa pengetahuannya, semalam. Menurut lelaki terbabit, tidak lama selepas berpisah, wanita Russia itu secara diam-diam melakukan proses persenyawaan dengan air maninya di sebuah klinik.
"Saya mahukan keadilan. Apa yang berlaku tidak boleh diterima," katanya di depan hakim di Mahkamah Rayuan Abu Dhabi.
"Tetapi penipuan bekas isteri saya tidak boleh dibiarkan," katanya. Sementara itu, hakim Khairi al-Kabbash berkata, lelaki terbabit wajar berlapang dada dan menerima kenyataan. Tambahan pula, kata Khairi, dia bersedia memberi nafkah serta hak kepada anak dan bekas isterinya.
"Saya faham mengapa bekas isteri kamu tidak mampu melepaskan kamu begitu saja," katanya. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan