Rabu, 19 September 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bayi, ibu, nenek maut

Posted: 18 Sep 2012 02:46 PM PDT

CARDIFF: Tiga sekeluarga dari tiga generasi, termasuk seorang bayi berusia enam bulan yang baru beberapa hari berada di rumahnya, terbunuh dalam kebakaran disyaki berpunca daripada perbuatan khianat, semalam.

Kimberley Buckley terbunuh bersama ibunya, Kayleigh Buckley, 17, serta neneknya, Kim Buckley, 46, apabila mereka terperangkap dalam rumah semiberangkai yang terbakar di Coed Eva, barat Cwmbran di Wales Selatan.


Keluarga itu dilaporkan sedang meraikan kepulangan Kimberly yang sebelum ini dirawat di hospital kerana lahir pramatang.

Kimberly lahir dengan berat 860 gram adalah anak kembar tetapi pasangannya, Rose seberat 425 gram meninggal dunia dua hari selepas dilahirkan.


Jiran mendengar jeritan Kayleigh meminta tolong kira-kira jam 3.30 pagi semalam ketika rumah berkenaan terbakar. Bomba menemui mayat mereka sejurus selepas dihubungi orang ramai.


Seorang lelaki dikenali penduduk setempat sebagai Carl Mills, 27, ditahan untuk disoal siasat kerana disyaki membakar rumah berkenaan. Mills adalah bekas kekasih Kayleigh yang juga bapa kepada anak kembarnya. Jiran berkata, Kim seorang nenek yang penyayang dan begitu teruja menyambut kepulangan Kimberly beberapa jam sebelum kejadian. Kain rentang menyambut kepulangan Kimberly turut dinaikkan di rumah berkenaan. Seorang jiran mangsa berkata, keluarga terbabit berulang-alik ke hospital selama beberapa bulan untuk bersama Kimberly.

"Kim begitu tabah memberi apa saja sokongan untuk anak dan cucunya," katanya. Malah, katanya, Kim juga berhenti kerja bagi membolehkan dia menumpukan sepenuh perhatian kepada mereka. "Sebab itu Kayleigh menamakan anaknya Kimberley sebagai menghargai pengorbanan ibunya," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19


Kru kabin Ryanair gagal seludup 13,800 batang rokok

Posted: 18 Sep 2012 02:41 PM PDT

LONDON: Dua kru kabin syarikat penerbangan Ryanair ditahan pihak berkuasa kerana cuba menyeludup 13,800 batang rokok dalam beg mereka, kata sumber semalam.

Gemma Phillips, 26, dan Adam McEvatt, 28, ditahan kakitangan kastam di Lapangan Terbang John Lennon di Liverpool sejurus selepas mereka tiba dari pulau peranginan di Sepanyol, Gran Canaria.


Menurut sumber, Gemma melawat McEvatt yang menetap di pulau berkenaan empat hari seminggu.

Gemma didapati membawa 2,000 batang rokok dalam satu beg, manakala 5,800 lagi dalam beg pakaian.


"McEvatt pula ditahan lima minit kemudian dengan 6,000 batang rokok," katanya.


Sumber berkata, kedua-dua mereka ditahan di luar waktu bertugas.

"Mereka meletak jawatan selepas menghadapi tindakan disiplin," katanya. Semalam, Gemma dan McEvatt mengaku salah di Mahkamah Majistret Manchester kerana cuba mengelak duti bernilai 3,500 (RM17,414).


Majistret kemudian memberikan mereka pembebasan bersyarat selama dua tahun. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19


Tiada ulasan:

Catat Ulasan