Ahad, 9 September 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Mexico panik Twitter sebar cerita palsu

Posted: 08 Sep 2012 03:40 PM PDT

Bandaraya Mexico: Khabar angin yang tersebar di rangkaian sosial kononnya berlaku tembak menembak dan sekumpulan lelaki bersenjata menaiki caravan di sebuah pinggir bandar Mexico City mencetuskan panik dikalangan penduduknya semalam.

Ibu bapa dilaporkan bergegas membawa pulang anak mereka dari sekolah, peniaga menutup kedai mereka manakala pemandu bas berhubungan melalui radio.

Laporan palsu mengenai keganasan dan serangan di Nezahualcoyotl termasuk di pinggir bandar berhampiran mencetuskan keadaan panik dan memaksa polis untuk berkawal di jalanan selain turut menggunakan Twitter, televisyen dan menyebarkan risalah untuk menepis habar angin terbabit.

Hebah guna Twitter, Facebook

Twitter dan Facebook sering digunakan untuk memberi amaran mengenai pertempuran senjata dan bahaya lain di bandaraya Mexico yang dilanda keganasan tetapi dua tahun lalu turut menyaksikan rangkaian sosial digunakan untuk menyebarkan amaran palsu yang mencetuskan huru hara di beberapa bandaraya.

Situasi sama pernah melanda wilayah timur laut India pertengahan Ogos lalu, apabila khabar angin serangan kumpulan yang mahu membalas dendam kematian 75 penduduk Islam di Assam mula tersebar.

Video lama diubah semula
Beberapa mesej multimedia dan halaman web mengandungi rakaman video direka bertujuan mencetuskan keganasan. Dalam beberapa kes, video lama yang diubah semula digambarkan sebagai rakaman kontemporari dari negeri berkenaan.

Beribu-ribu penduduk yang berasal dari wilayah itu termasuk pelajar, pekerja binaan dan kakitangan restoran bertindak meninggalkan bandaraya selatan seperti Chennai, Bangalore dan Pune untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyelamatkan diri.

Terima 3,000 panggilan

Di Nezahualcoyotl, hingga ke barat ibu negara, pihak berkuasa menerima lebih 3,000 panggilan telefon dengan laporan palsu mengenai keganasan sejak malam Rabu lalu apabila khabar angin terbabit tersebar, kata jurucakap majlis bandaraya, Luis Percaster. - AP

Hakim bebas pencuri disiasat

Posted: 08 Sep 2012 03:22 PM PDT

LONDON: Seorang hakim yang memutuskan tindakan menceroboh rumah orang lain untuk mencuri memerlukan 'keberanian tinggi' akan disiasat selepas orang ramai membuat bantahan kepada Pejabat bagi Aduan Kehakiman (OJC), lapor media di sini.

Hakim mahkamah Teesside itu, Peter Bowers, mengakui dia mungkin dikecam selepas memutuskan untuk tidak mengenakan hukuman penjara terhadap pencuri itu.

Keputusan Bowers mendapat bantahan orang ramai dengan Perdana Menteri Britain, David Cameron, menyifatkan pencuri bukan berani tetapi pengecut dan melakukan jenayah dibenci umum.

Bantahan orang ramai

Jurucakap Pejabat bagi Aduan Kehakiman berkata: "Pejabat ini menerima banyak bantahan daripada orang ramai berhubung keputusan hakim Bowers dalam kes itu. Bantahan mereka akan dikaji mengikut Peraturan Disiplin Kehakiman. Tidak wajar mengulas lanjut pada masa ini."

Keputusan hakim berkenaan akan disiasat oleh OJC dan Bowers boleh dikenakan tindakan disiplin jika perlu berbuat demikian.

OJC juga memiliki kuasa untuk menasihat, memberi amaran, memarahi atau menyingkirkan hakim atas kesalahan salah laku, lapor The Indepenent.
Akhbar Evening Gazette pula menyatakan, Bowers memberitahu pencuri terbabit yang menceroboh tiga buah rumah dalam masa lima hari:

"Bagi saya, seseorang itu perlukan keberanian tinggi untuk masuk rumah orang lain dan mencuri. Saya sendiri tidak berani."

Ketika memutuskan untuk menggantung hukuman penjara 12 bulan itu terhadap Richard Rochford, 26, dari daerah Redcar, hakim itu juga berkata:
"Saya beri anda peluang untuk tidak mengulanginya."

Bowers juga mendakwa, hukuman penjara itu tidak akan memberi kebaikan kepada Rochford. Meskipun mengakui mangsanya mengalami trauma, beliau menjelaskan tidak akan memenjara tertuduh selepas dia tidak lagi menagih dadah sejak ditahan menceroboh rumah plaintif, Februari lalu. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan