Harian Metro: Global |
Posted: 16 Jul 2012 10:57 AM PDT LONDON: Seorang ibu mendedahkan bagaimana 20 doktor menafikan anaknya menghidap barah dengan hanya menyifatkannya sebagai tanda lahir sehingga ia membesar seperti sebiji anggur. Yvonne Bull, 32, berkata, dia diberitahu supaya tidak bimbang apabila anaknya, Isabel dilahirkan dengan tanda ungu pada bahagian kiri mukanya.
Isabel yang sekarang berusia empat bulan, menjalani pemulihan setelah kehilangan telinga kiri berkenaan selepas doktor menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan itu.
Yvonne, ibu empat anak berkata, Isabel berdepan dengan masa depan yang tidak menentu kerana barah itu berkemungkinan kembali.
"Bagi saya, ia bukan kecil, tetapi besar. Saya menangis. Saya tidak pernah melihat seperti itu sebelum ini. Ia amat besar. Ia sepatutnya hari yang gembira untuk kami. Tetapi tidak.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/17 |
90 peratus murid sekolah Katolik beragama Islam Posted: 16 Jul 2012 10:39 AM PDT BIRMINGHAM: Sebuah sekolah Katolik di bandar ini semalam mendedahkan 90 peratus muridnya beragama Islam. Bangunan sekolah itu penuh dengan ikon dan patung berkait dengan agama Kristian dan murid melakukan upacara keagamaan Katolik setiap hari.
Ada di kalangan bapa murid itu adalah imam sementara sebahagian pelajar tinggal di kawasan masjid berhampiran.
Pengetuanya, John Gub- bins berkata: "Kami mengikut program pelajaran Gereja Katolik untuk pelajaran agama yang diberikan kepada murid antara 10 hingga 15 peratus seminggu." - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/17 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan