Selasa, 17 Julai 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Pemberontak isytihar perang

Posted: 17 Jul 2012 01:51 PM PDT

Pertempuran sengit meletus dengan tentera kerajaan di Syria

Damsyik: Ibu negara Syria semakin bergegar dengan konflik selepas pemberontak mengumumkan akan melancarkan serangan besar-besaran terhadap tentera kerajaan. Serang pemberontak

Tentera kerajaan guna helikopter dilengkapi mesingan serang Qaboon" - Pemantau bagi Hak Asasi Syria

Askar prokerajaan pula menggunakan helikopter penyerang menyerang pemberontak di kawasan tertentu di Damsyik dan pertempuran dilaporkan sengit.

Tentera Syria Merdeka (FSA) berkata, operasi itu digelar 'gunung berapi Damsyik dan gempa bumi Syria'.

Saksi melaporkan tembakan mesingan di Medan Sabaa Bahrat, terletak di tengah Damsyik.

"Tembakan mesingan kedengaran di Medan Sabaa Bahrat. Anggota keselamatan bersenjata Kalashnikov dilihat di kawasan yang juga lokasi Bank Pusat," kata mereka.
Kejadian tembak menembak juga dilaporkan meletus di Baghdad Street, jalan raya utama dekat medan berkenaan.

Sekat laluan

FSA juga cuba menyekat laluan keluar masuk dari Aleppo di utara, ke Daraa di selatan dan dari Deir Ezzor di timur ke Latakia di persisiran pantai.

Beberapa jam selepas pengumuman berkenaan, aktivis dan pemerhati melaporkan, helikopter tentera membedil daerah Qaboon di Damsyik.

Pemberontak serta tentera turut bertempur di kawasan penempatan Al-Midan dan Al-Hajar al-Aswad.

"Tentera kerajaan menggunakan helikopter dilengkapi mesingan untuk menyerang Qaboon," kata Pemantau bagi Hak Asasi Syria beribu pejabat di Britain,
Aktivis di Damsyik memberitahu, serangan helikopter dilancarkan selepas FSA di Qaboon menangkis cubaan tentera menawan semula kawasan itu.

Tentera turut menyerang kawasan kejiranan dengan mortar dan melepaskan tembakan ke semua arah di daerah itu daripada helikopter yang terbang rendah, kata aktivis yang memperkenalkan dirinya sebagai Omar.

Di Manila, laporan menyatakan, pekerja Filipina yang cuba lari dari medan konflik didenda AS$10,000 (RM35,0000) oleh majikan mereka sebelum dibenarkan meninggalkan negara itu.

Perkara terbabit didedahkan Kementerian Luar Filipina, semalam.

Majikan Syria menuntut pekerja itu memulangkan wang untuk membawa mereka bekerja di sana, kata jurucakap Kementerian Luar, Raul Hernandez. - AFP

Setengah tan gading dirampas

Posted: 17 Jul 2012 01:44 PM PDT

Pesawat dari Kenya bawa muatan terlarang

Bangkok: Kastam Thai merampas setengah tan gading di lapangan terbang antarabangsa Bangkok ditemui Jumaat lalu disembunyikan dalam peti pesawat dari Kenya. Pegawai kastam mempamerkan gading seberat 465 kilogram itu di sini semalam.
Pegawai memberitahu, mereka bertindak atas maklumat merampas gading itu, yang berada dalam enam peti dilabelkan sebagai hasil kerja tangan.

Belum ada sesiapa yang ditangkap dalam kes itu. Gading yang dirampas itu mungkin dimusnahkan.

Gading dibawa ke Thailand selalunya digunakan untuk membuat ukiran Buddha atau barang kemas. Thailand juga menjadi pusat persinggahan untuk pasaran lain termasuk China.

Perdagangan gading diharamkan konvensyen antarabangsa dikenali sebagai CITES pada 1989.
Ia bertujuan memerangi kegiatan memburu gajah secara haram, yang memberi kesan kepada haiwan itu secara global beberapa dekad lalu.

Laporan berasingan menyatakan, Laos menjadi tempat utama urus niaga gading haram membabitkan pelancong asing.

Laporan itu disiarkan rangkaian pemantauan urus niaga hidupan liar (TRAFFIC) yang menyatakan jual beli gading dilakukan secara terbuka di Laos dan banyak gading dari negara Afrika dihantar ke negara berkenaan.

"Ini menunjukkan negara itu memainkan peranan besar dalam jualan gading antarabangsa khususnya sebagai tempat persinggahan sebelum dihantar ke China," dakwa laporan itu.

Kaji selidik TRAFFIC pada Ogos 2011 mendapati, 2,493 gading termasuk dalam bentuk barang kemas dijual terbuka di Vientiane.

Gading itu dijual dalam mata wang dolar Amerika Syarikat dan yuan China, bukannya Kip Laos yang menunjukkan pelawat asing adalah pembeli utama. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan