Berita Harian: Dunia |
Posted: 24 Jul 2012 01:22 PM PDT Centennial: Lelaki menggelar dirinya The Joker selepas membunuh 12 orang di sebuah pawagam di Aurora, Denver, mungkin ada penyakit mental selepas muncul di sesi mahkamah dengan penampilan tidak bermaya, tiada emosi selain mendapat tumpuan kerana rambutnya yang berwarna merah. Pakar jenayah Universiti Virginia, Dr Joan Neff, berkata tingkah laku James Holmes di mahkamah konsisten dengan seseorang yang menderita penyakit mental seperti skizofrenia. Kita tahu masalah mental cenderung bermula awal 20-an. Jika begitu, dia mungkin ada masalah itu. Sebab itu, Holmes seperti tidak tahu apa yang berlaku di sekitarnya, kata Neff. Kira-kira 40 anggota keluarga mangsa duduk di bahagian kiri mahkamah. Seorang lelaki yang duduk di baris hadapan galeri merenung Holmes sepanjang prosiding. Apabila Hakim Daerah Arapahoe, William Sylvester menyoal Holmes, wajah The Joker tiada ekspresi dan peguam menjawab bagi pihaknya. Pakai baju perisai Polis berkata, dia kelihatan seperti individu lain berbanding Jumaat lalu, apabila memakai baju perisai dan topeng muka sambil memegang tiga senapang, melepaskan tembakan ke arah penonton tayangan sesak tengah malam Batman: The Dark Knight Rises di kompleks pawagam Aurora. Teman wanita seorang mangsa, Alex Teves, 24, berkata kekasihnya kena tembakan ketika melindunginya daripada serangan Holmes dalam keadaan pawagam gelap. Dia lindungi saya. Kekasih saya tidak teragak-agak. Saya keliru tetapi dia tidak teragak-agak, kata Amanda Lindgren, 24, sambil menangis. |
Syria letak senjata kimia di sempadan Posted: 24 Jul 2012 01:20 PM PDT BEIRUT: Kerajaan Syria memindahkan senjata kimia ke lapangan terbang di sempadannya, kata Tentera Syria Merdeka (FSA) semalam, sehari selepas Damsyik memberi amaran akan menggunakannya jika diserang kuasa luar. Kami tahu lokasi dan kedudukan senjata berkenaan. Kami juga mendedahkan Presiden Bashar al-Assad memindahkan sebahagian senjata dan peralatan untuk komponen campuran kimia ke lapangan terbang di sempadan, dakwa FSA. Mereka berkata, senjata itu dihantar ke sempadan selepas masyarakat antarabangsa mendesak Bashar meletak jawatan kerana rakyat bangkit memberontak menentang pemerintahannya sejak 16 bulan lalu. Namun, mereka percaya, Bashar tidak akan menggunakan senjata itu terhadap Israel. Beri amaran Mereka tidak lancar walau satu peluru terhadap Israel dalam masa tiga dekad dan pasti tidak akan menggunakan senjata kimia ke atas negara itu, kata kenyataan lagi. Syria tidak akan gunakan senjata kimia atau senjata bukan konvensional lain terhadap penduduk awam dan cuma akan menggunakannya dalam kes serangan luar. Kecaman dunia Sebarang stok senjata kimia mungkin ada, dan tidak akan digunakan ke atas rakyat, katanya sambil menambah jika serangan luar dilancarkan, panglima tentera akan memutuskan bila dan bagaimana untuk menggunakannya. Kenyataan itu mencetuskan kecaman antarabangsa termasuk Amerika Syarikat dengan Presiden Barack Obama memberi amaran Syria tidak menggunakan senjata itu. Makdissi kemudian menarik balik kenyataan itu. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan