Selasa, 26 Jun 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Empat bangunan tinggi diiktiraf terbaik

Posted: 25 Jun 2012 09:53 AM PDT

LONDON: Bangunan pencakar langit di Kanada, Qatar, Australia dan Itali dinamakan sebagai bangunan tinggi terbaik di dunia pada tahun ini oleh Majlis Bangunan Tinggi dan Penempatan Bandar (CTBUH).

Empat pemenang mewakili benua itu termasuk Menara Absolute di Mississauga, Kanada (Amerika), 1 Bligh Street, Sydney, Australia (Asia dan Australia), Palazzo Lombardia, Milan, Itali (Eropah) dan Menara Doha /BurjQatar, Doha, Qatar (Timur Tengah dan Afrika).


Menara Al Bahar di Abu Dhabi memenangi anugerah inovasi pertama CTBUH untuk projek hebat skrin pelindung mentari kawalan komputernya.

Sementara Palazzo Lombardia adalah bangunan tinggi pertama di Itali yang mendapat pengiktirafan CTBUH, 1 Bligh pula menjadi bangunan pertama di Australia yang memperoleh penghargaan. Bilangan menara lebih tinggi daripada 200 meter disiapkan pada tahun lalu yang direkodkan adalah 88 berbanding 32 pada 2005. Sebanyak 96 lagi dijangka siap pada tahun ini.


Pemenang keseluruhan untuk "Bangunan Tinggi Terbaik di Seluruh Dunia" akan dinamakan pada majlis makan malam dan upacara Anugerah Tahunan ke-11 CTBUH di Institut Teknonogi Illinois pada 18 Oktober depan.


Anugerah Bangunan Tinggi Terbaik CTBUH adalah kajian bebas projek terbaru, diadili oleh panel eksekutif industri itu. Projek diiktiraf berdasarkan sumbangan luar biasa bagi kemajuan bangunan tinggi dan persekitaran bandar serta pencapaian mapan pada tahap terbesar.

Tahun ini Lembaga Pemegang Amanah CTBUH turut menganugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Lynn S Beedle kepada Helmut Jahn, arkitek yang dikenali dengan rekaan ringkas dan elegannya.


Majlis itu menerima 78 penyertaan dari seluruh dunia untuk anugerah Bangunan Tinggi Terbaik. Majoriti penyertaan adalah dari Asia, disusuli oleh Timur Tengah.

Bilangan penyertaan dari benua Amerika terus menurun, menunjukkan kesan kemelesetan global, baru-baru ini. Pemenang dan finalis adakan dipaparkan dalam Buku Anugerah CTBUH, yang diterbitkan bersama oleh penerbit utama dunia dan diedarkan ke seluruh dunia setiap tahun. - DM


Terbang dari London ke Sydney 4 jam

Posted: 25 Jun 2012 09:50 AM PDT

LONDON: Peminat kapal terbang ternanti-nanti pelancaran jet supersonik yang mampu terbang dari London ke Sydney dalam hanya empat jam.

Pembina kapal terbang Amerika Syarikat, dibantu oleh agensi Nasa, akan menunjukkan prototaip pengganti Concorde di pertunjukan udara Farnborough, bulan depan.

Boeing, Lockheed Martin dan Gulfstream, menjadi peneraju untuk membina pesawat supersonik berpenumpang yang akan disasarkan pada mulanya di pasaran jet perniagaan.

Ketiga-tiga syarikat itu percaya mereka semakin hampir untuk mengurangkan bunyi "boom", seperti yang diterangkan oleh jurutera Gulfstream minggu lalu sebagai "semakin hampir bunyi "pluf" atau "plop."


Katanya, "Semua pemain utama mengesahkan khabar angin dalam industri ini, generasi baru pesawat supersonik kini, akhirnya, hampir dicapai."


Material berkomposit ringan, enjin yang lebih berkuasa dan fiuslaj lebih kecil membolehkan jet itu terbang dua kali lebih laju daripada Concorde yang mencapai kelajuan 1,358 batu sejam, menurut akhbar Sunday Times.

Penumpang dapat terbang pada kelajuan lebih 2,485 batu sejam, membolehkan mereka terbang dengan selesa dari London ke Sydney, kira-kira 12,000 batu jauhnya.

Buat masa ini, pesawat jet eksekutif subsonik jet, pesawat terbaru G650 Gulfstream mampu terbang 7,000 batu pada kelajuan 646 batu sejam dan mempunyai kelajuan maksimum 704 batu sejam.

Bagaimanapun, penggantinya yang diberi nama kod X54, akan "membuktikan pesawat boleh dibina untuk bunyi sonik boom yang lebih rendah," lapor majalah Aviation Week & Space Technology.

Eksekutif pameran berkata, ia akan dipamerkan di Farnborough bersama prototaip supersonik yang lain.

Januari lalu, Nasa mendedahkan imej pesawat ujian di terowong angin yang mencadangkan bunyi sonik boleh disenyapkan menggunakan sayap paling nipis dan enjin tersembunyi.

Robert Bass, peniaga dana lindung nilai Texas, mendepositkan 50 AS$200,000 (RM639,674) untuk syarikatnya Aerion SBJ Supersonic Jet selepas mendapatkan bantuan Nasa, walaupun tarikh penerimaan belum ditentukan.

Pesawat 12 tempat duduk itu dijangka berharga AS$80 juta (RM255.8 juta) setiap satu dan akan dipasarkan kepada pembeli di Eropah dan Timur Tengah di bawah slogan, "Ke AS dan kembali pada satu hari bertugas".

Cabarannya bukan saja dari segi teknikal: pembuatnya perlu membuktikan kepada ahli politik bahawa jet supersonik akan diterima oleh orang ramai.

Bunyi kuat Concorde memaksanya terbang di landasan jauh dari daratan dan menjejaskan peluangnya untuk dikomersialkan. Ia terbang buat kali terakhir pada November 2003. - DM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan