Harian Metro: Global |
Posted: 16 May 2012 10:59 AM PDT KAMPALA: Seorang budak Uganda kini bertarung dengan maut selepas kakinya membengkak secara misteri sehingga terlampau besar. Baru berusia 10 tahun, Vincent Oketch kini hanya mampu duduk atau berbaring di katil kerana saiz kakinya menghalang dia berjalan.
Bapa Oketch, Tito Opoya, berkata keadaannya itu sangat mengecewakan kerana anaknya menjadi bahan cemuhan apabila berpakaian seperti budak perempuan.
Apabila Oketch semakin membesar, kakinya juga bertambah besar.
Sesetengah doktor percaya Oketch dilahirkan dengan masalah limfatik, menyebabkan kaki budak itu membengkak melampau.
|
Anak kuda cedera parah dibaham anjing Posted: 16 May 2012 10:43 AM PDT LONDON: Seekor anak kuda yang parah dibaham anjing dan terpaksa ditembak mati mendapat perhatian aktivis pencinta haiwan di Britain, semalam. Sekumpulan aktivis pencinta haiwan berkata, mereka bimbang anjing dipercayai kacukan jenis Pitbull dan Boxer itu mungkin menyerang sekali lagi jika tidak ditangkap segera.
Justeru, mereka menggesa pemilik anjing berkenaan tampil segera bagi membolehkan tindakan lanjut diambil pihak berkuasa terhadap haiwan berkenaan.
Sementara itu, beberapa saksi berkata, anak kuda berkenaan diserang ketika dia berjalan bersama ibunya di kawasan terbuka di Dartmoor, Devon.
"Kami menghubungi pihak yang berkenaan sebaik kejadian berlaku, tetapi anak kuda itu gagal diselamatkan kerana kecederaan dialaminya sangat parah," katanya. - TS |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan