Sabtu, 12 Mei 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


5 kanak-kanak hangus terbakar

Posted: 11 May 2012 12:51 PM PDT

LONDON: Seorang wanita disoalsiasat semalam kerana disyaki membunuh selepas sebuah rumah terbakar dan menyebabkan lima daripada 17 anak seorang lelaki terbunuh.

Wanita berusia 20-an itu ditangkap selepas kebakaran pada jam 4 pagi memusnahkan rumah berkenaan.


Mangsa berusia antara lima dan 10 tahun dan tidur di tingkat atas. Kanak-kanak keenam berusia 13 tahun kini dirawat di hospital.

Dua orang dewasa yang turut menghuni rumah berkenaan hanya cedera ringan.


Rumah di Allenton, Derby itu dipercayai dihuni bersama oleh Mick Philpott, 54, isteri, Mairead, 31, dan lapan anak mereka.


Jurucakap polis, Penolong Ketua Konstabel Steve Cotterill berkata, Philpott, bekas pengurus kedai roti itu berusaha untuk menyelamat anaknya ketika kejadian.

Dia muncul dalam akhbar The Sun pada Ogos 2007 kerana membantah penolakan permohonannya untuk mendapat sebuah rumah majlis perbandaran yang lebih besar untuk keluarganya.


Ketika itu, dia menceritakan bagaimana dia tinggal di rumah kecil itu bersama isteri, wanita simpanan, Lisa Willis, 27 dan lapan daripada 14 anaknya ketika itu. Dia kini mempunyai 17 anak. Mereka termasuk empat anaknya bersama Mairead, tiga bersama Lisa dan seorang hasil hubungannya dengan wanita lain.

Lisa dikatakan hamil dengan anak ke-15 Philpott.


Lelaki itu juga mengadu kepada The Sun kerana terpaksa tidur dalam khemah apabila enam anaknya hasil daripada hubungan dengan wanita lain sebelum ini datang untuk tinggal bersamanya. - DM




Tanda isyarat baru jalan raya?

Posted: 11 May 2012 12:47 PM PDT

LONDON: Kerana bosan berdepan dengan kerja membina jalan raya yang tidak berkesudahan, seorang penduduk bertindak mengubah tanda jalan raya yang menunjukkan 'orang sedang bekerja' kepada yang menunjukkan seorang pekerja duduk sambil minum dan merokok.

Penduduk di bandar Melksham, Wiltshire, sudah beberapa bulan berdepan dengan kerja pembinaan jalan raya di sekeling bandar itu.


Penduduk yang mengubah tanda jalan raya itu berhasrat memberitahu kontraktor mengenai tanggapan penduduk tempatan terhadap mereka. Anggota Majlis Perbandaran dari Parti Liberal Demokrat, Jon Hubbard berkata: "Banyak kerja pembinaan jalan raya dilakukan di Melksham ketika ini hingga menimbulkan kerumitan kepada penduduk.

"Tidak mengejutkan jika ada orang yang menukarkan tanda jalan itu kerana ia adalah masalah besar di bandar itu dengan kerja pembinaannya dilihat seolah-olah akan berterusan selama-lamanya." - DM




Tiada ulasan:

Catat Ulasan