Harian Metro: Global |
Posted: 07 May 2012 09:40 AM PDT LONDON: Kisah seorang anggota bomba yang menjalani kehidupan rahsia selaku pelacur dengan pendapatan 1,300 (RM6,500) semalam, dibongkar sebuah akhbar tabloid. The Sun yang diterbitkan di London, semalam melaporkan, Emma Carr, 38, menjaja tubuhnya menerusi Internet dengan menggunakan nama samaran, Jade.
Dia juga menawarkan khidmat sesi 'senja hingga pagi' dengan bayaran RM6,500.
Kegiatannya terbongkar selepas menawarkan seks selama sejam kepada seorang wartawan penyiasatan The Sun di sebuah hotel di tengah London.
Dia mengaku mempunyai pekerjaan sepenuh masa dalam sektor kerajaan dan menegaskan dia terbabit dalam pelacuran kerana gaji yang rendah.
|
Budak 14 tahun guna go-kart pecah masuk 100 rumah Posted: 07 May 2012 09:35 AM PDT NASHVILLE: Polis di bandar raya ini menarik nafas lega semalam selepas mengumumkan mereka akhirnya berjaya menangkap perompak bersiri, seorang budak berusia 14 tahun. Menurut pihak berkuasa, suspek, yang namanya tidak boleh disiarkan kerana masih bawah umur, memecah masuk antara 50 hingga 100 rumah di utara Nashville sepanjang dua tahun lalu.
Polis berkata, budak itu biasanya akan mengintai rumah yang hendak dijadikan sasaran, menendang pintu belakang, menyerbu masuk dan mencuri peralatan permainan video, televisyen dan apa saja yang boleh diangkatnya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan