Berita Harian: Dunia |
Pelacur gelar ejen Amerika bodoh Posted: 05 May 2012 03:30 PM PDT Dunia BOGOTA: Seorang pelacur Colombia yang mendedahkan skandal seks anggota Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat menggelar mereka 'bodoh' kerana melakukan kesalahan melanggannya serta percaya mudah mendapat maklumat sensitif jika dia seorang perisik.Dania Londono Suarez juga mendedahkan, dia tidak mahu lagi terbabit dalam pelacuran kerana kehidupannya musnah akibat pendedahan skandal berkenaan. Suarez berkata dalam temubual 90 minit dengan W Radio Colombia yang dilakukan di Sepanyol mudah untuk mendapat maklumat sensitif mengenai Presiden Barack Obama berdasarkan perilaku ejen itu di sebuah hotel di Cartagena. "Dia tidur sepanjang malam. Jika mahu, saya boleh teliti semua dokumen, dompet dan beg bimbitnya," kata Suarez.Dia juga memberitahu, tiada seorang pun penyiasat Amerika menghubunginya, walaupun wartawan mengesannya seminggu selepas kejadian itu apabila pemandu teksi menunjukkan rumahnya. Kenyataan Suarez menimbulkan keresahan ahli Kongres Amerika yang memantau kes itu. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Dewan Perwakilan, Peter King, meluahkan kebimbangan kerana penyiasat gagal mengesan dan menemubual dua wanita warga asing yang terbabit termasuk Suarez.
"Lapan ejen Perkhidmatan Rahsia hilang pekerjaan dalam skandal itu walaupun tiada bukti mana-mana daripada 10 wanita yang ditemubual penyiasat Amerika mengenai peranan mereka dalam kejadian itu, ada kaitan dengan kumpulan pengganas", kata King. Dalam temubual itu, Suarez menggelar ejen Perkhidmatan Rahsia yang terbabit dalam skandal itu bodoh kerana tidak mempedulikan keselamatan Obama dan membiarkan perkara itu berlaku. "Apabila saya kata mahu hubungi polis supaya mereka membayar wang kepada saya, ia langsung tidak diendahkan mereka, tidakkah mereka tahu betapa seriusnya masalah ini," katanya. – AP |
Penjara 10 tahun seksa menantu Posted: 05 May 2012 03:28 PM PDT Dunia KABUL: Bapa, ibu mentua dan kakak ipar seorang pengantin kanak-kanak yang didera dan kisahnya mengejutkan dunia dikenakan hukuman penjara 10 tahun atas perbuatan mereka, kata seorang pegawai, semalam.Sahar Gul, 15, yang dibakar dan dipukul serta kukunya dicabut ditemui di bilik bawah tanah rumah suaminya pada Disember lalu di wilayah Baghlan, timur laut Afghanistan. Dia dikurung dalam tandas selama enam bulan. "Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun kepada bapa mentua, ibu mentua dan kakak ipar pengantin pada Selasa," kata jurucakap Mahkamah Tinggi Afghanistan, Abdul Wakil Omari. Gul diseksa anggota keluarga suaminya selepas dia menolak untuk menjadi pelacurKumpulan hak asasi, Wanita untuk Wanita Afghanistan yang membantu Gul dalam kes berkenaan, berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan hukuman itu. "Kami tidak berpuas hati dengan hukuman dan akan membantunya membuat rayuan. Mengapa mereka hanya menerima hukuman 10 tahun sedangkan mereka bertindak mendera gadis itu sehingga dia hampir maut," kata pengurus program, Huma Safi. Kes Gul menarik perhatian di Afghanistan dan luar negara dan dia turut hadir menyaksikan prosiding di mahkamah di sini yang dihadiri 200 orang.
Suami Gul dan abang iparnya yang turut dituduh menderanya masih belum dapat diberkas. Penderaan dan keganasan terhadap wanita terus menjadi masalah utama di Afghanistan selama sedekad selepas tentera asing diketuai Amerika menjatuhkan rejim Taliban. Menurut angka organisasi kebajikan British, Oxfam, 87 peratus wanita Afghanistan dilaporkan mengalami penderaan fizikal, keganasan psikologi atau seksual atau kahwin paksa. Suruhanjaya Hak Kebebasan Asasi Manusia Afghanistan melaporkan 1,026 kes keganasan terhadap wanita pada suku kedua 2011 berbanding 2,700 kes sepanjang 2010. – AFP/Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan