Jumaat, 13 April 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


KFC Thailand mohon maaf

Posted:

KFC Thailand mohon maaf

KFC Thailand mohon maaf

LAMAN sosial Facebook KFC dikritik kerana menulis mesej yang tidak sensitif ketika orang ramai panik berikutan gempa bumi kuat di Aceh, Indonesia kelmarin.


BANGKOK - Pengendali restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) Thailand mengeluarkan permohonan maaf selepas rakyat negara itu mengkritik satu mesej yang ditulis di laman sosial Facebook miliknya.

Mesej itu menggesa orang ramai supaya orang ramai pulang ke rumah dan memesan ayam KFC. Ia ditulis ketika orang ramai panik dan bergegas pulang berikutan berlaku dua gegaran di Aceh, Indonesia yang mencecah kekuatan 8.6 pada skala Richter semalam.

Syarikat itu menulis mesej yang berbunyi: "Cepat pulang ke rumah dan ikuti perkembangan terkini berita gempa bumi dan jangan lupa untuk memesan menu KFC kegemaran anda."

Ia nyata mengundang komen-komen marah yang menyifatkan KFC Thailand tidak sensitif dan mementingkan diri sendiri. Mesej itu kemudian dibuang dan digantikan dengan permohonan maaf. - Agensi

Axl Rose tolak pengiktirafan Rock and Roll Hall of Fame

Posted:

Axl Rose tolak pengiktirafan Rock and Roll Hall of Fame

Axl Rose tolak pengiktirafan Rock and Roll Hall of Fame


Axl Rose


LOS ANGELES - Penyanyi kumpulan rock lagenda Guns N' Roses, Axl Rose menyatakan bahawa dia tidak akan hadir ke majlis Rock and Roll Hall of Fame pada hujung minggu ini kerana berasa tidak dikehendaki atau dihormati dalam acara tersebut.

Dalam sekeping surat yang ditulis kepada blog muzik The Los Angeles Times, Rose menjelaskan kenapa dia enggan menerima pengiktifaran itu. Pada masa yang sama Rose tidak menghalang mana-mana anggota Guns N' Roses untuk menghadirinya.

"Saya nyatakan dengan jelas bahawa saya tidak akan diwakili oleh sesiapa. Tiada siapa juga dibenarkan untuk menerima pengiktirafan ini atau bercakap bagi pihak saya," kata Rose.

Guns N' Roses mencipta populariti menerusi lagu-lagu seperti Welcome to the Jungle dan Sweet Child O' Mine pada tahun 1987 hingga 1993 dengan jualan album mencecah 100 juta unit.

Rock and Roll Hall of Fame mengumumkan senarai penerima pengiktirafannya pada Februari lalu. Antara yang tersenarai ialah Red Hot Chili Peppers, Beastie Boys dan ramai lagi. - Agensi

Polis Filipina musnahkan lebih 200kg dadah bernilai RM58.3 juta

Posted:

Polis Filipina musnahkan lebih 200kg dadah bernilai RM58.3 juta

Polis Filipina musnahkan lebih 200kg dadah bernilai RM58.3 juta


SEORANG anggota Agensi Penguatkuasaan Antidadah Filipina berkawal di hadapan unit penguraian termal syarikat IWMI di bandar Cavite semalam.


CAVITE - Agensi Penguatkuasaan Antidadah Filipina (PDEA) menusnahkan lebih 200 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis yang dirampas di negara berkenaan. Semua barang terlarang itu yang dianggarkan bernilai sekitar 807 juta peso (RM58.3 juta), dimusnahkan melalui proses penguraian termal oleh sebuah syarikat tempatan, IWMI di sini, selatan Manila semalam.

Ketua PDEA, Jose Gutierrez berkata, proses haba berkenaan digunakan untuk memusnahkan 22kg kristal shabu, 206 liter cecair shabu, 95 liter cecair efedrina, 186kg daun ganja kering dan beberapa dadah jenis lain seperti kokain dan heroin. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan