Jumaat, 13 April 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Joy jadi lelaki

Posted: 12 Apr 2012 09:59 AM PDT

JAKARTA: Muhammad Prawirodijoyo, yang selama 19 tahun dianggap wanita kerana keabnormalan kongenital atau kemaluannya, akhirnya sah menjadi lelaki selepas menjalani pembedahan penyesuaian kelamin, semalam.

Pembedahan itu membabitkan 24 pakar perubatan, diketuai oleh Dr Kariadi di Hospital Besar Semarang.

Jurucakap hospital, Darwito, berkata Muhammad yang selama ini dikenali sebagai Siti Maimunah dan juga Joy, menghadapi masalah keabnormalan kongenital iaitu lubang kencing berada jauh di belakang.

"Ia menyebabkan air kencingnya meleleh sedikit demi sedikit dari kemaluannya setiap kali dia membuang air kecil," kata Darwito.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan pakar perubatan itu mendapati Joy mempunyai zakar.

"Pemeriksaan ultrasound juga menunjukkan dia mempunyai testikel tetapi tidak normal," katanya.

Pembedahan itu dijalankan dalam dua peringkat.
Semalam, pakar bedah melakukan uretroplasti untuk membuat saluran kencing baru di bahagian bawah zakarnya.

Pembedahan kedua akan dilakukan enam bulan selepas pembedahan pertama dengan pakar bedah berharap dapat mencantumkan saluran kencing baru pada hujung zakar Joy.

Dia menjadi tajuk akhbar apabila mengemukakan petisyen untuk menukar jantinanya dari wanita kepada lelaki tahun lalu.

Mahkamah Semarang meluluskan permohonannya 27 Disember lalu, apabila usianya genap 19 tahun. - JP




Pencuri bunuh diri, dua mayat reput ditemui dirumahnya

Posted: 12 Apr 2012 09:57 AM PDT

TOKYO: Seorang lelaki yang disyaki pencuri, membunuh diri dengan melompat dari bumbung apartmennya apabila polis menyerbu rumahnya untuk mencari dua mayat yang dikatakan disumbat di dalam almari baju.

Fuji TV dan media lain melaporkan, anggota polis menghentikan pencarian mayat di rumah Isao Takahashi, 62, apabila lelaki itu terjun dari bumbung bangunan enam tingkat setelah memberitahu mereka dia perlu membatalkan temujanji.


Dua hari kemudian, pemilik rumah Takahashi, menemui dua mayat reput yang dibalut surat khabar dan plastik ketika melakukan pembersihan di apartmen itu di Fukushima.

Anggota polis dipetik oleh akhbar tempatan Kahoku Shimpo sebagai berkata: "Suspek membunuh diri kira-kira 10 minit selepas kami memulakan kerja mencari. Kami kemudian menghentikan kerja mencari apabila tidak menemui mayat itu.


Polis Fukushima bagaimanapun berkata mereka tidak dapat mengesahkan laporan itu. - AFP




Tiada ulasan:

Catat Ulasan