Utusan Online - Luar Negara |
Banjir Australia telan kerugian RM1.6 bilion di New South Wales Posted: Banjir Australia telan kerugian RM1.6 bilion di New South WalesSYDNEY 9 Mac - Nilai kerugian akibat krisis banjir di Australia dijangka melebihi AUS$500 juta (RM1.6 bilion) bagi negeri New South Wales sahaja, ketika pakar cuaca meramalkan hujan lebat akan berterusan di beberapa tempat. Selain New South Wales, negeri-negeri di bahagian barat Australia termasuk Queensland dan Victoria turut menerima hujan lebat berpanjangan lebih daripada seminggu, menyebabkan beratus-ratus rumah ditenggelami banjir, merosakkan jalan raya dan jambatan serta memusnahkan ladang pertanian. "Kerugian yang dialami setakat ini sudah mencecah angka tersebut. Ramalan kaji cuaca pula menyatakan cuaca bulan depan lebih teruk daripada yang dialami setakat ini berikutan fenomena La Nina," kata Menteri Pelabuhan dan Jalan Raya New South Wales, Duncan Gay. Fenomena itu biasanya membawa lebih hujan berbanding biasa, apabila Sydney mencatatkan jumlah hujan sekitar 119 milimeter semalam, yang tertinggi sejak 2007. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh. |
2 tentera maut, 12 parah diserang hendap Posted: 2 tentera maut, 12 parah diserang hendapAnggota unit skuad pemusnah bom memeriksa sebatang tiang elektrik dilengkapi kamera video di lokasi kejadian serang hendap kumpulan pemisah ke atas dua pangkalan tentera di Narathiwat, semalam. - AFP BANGKOK 9 Mac - Dua anggota tentera maut, sementara 12 yang lain cedera parah apabila dua pangkalan tentera di Bachok, Narathiwat, diserang hendap oleh lebih 50 anggota kumpulan pemisah di sini awal hari ini. Timbalan ketua polis Narathiwat Pol Kol Nanttadej Yoi-nual berkata dua kumpulan militan membuat serangan serentak terhadap pangkalan tentera di Kampung Sompoi dan satu lagi yang terletak satu kilometer dari kem pertama di Jabatan Pengairan, kira-kira pukul 12.30 tengah malam. Katanya, bantuan ketenteraan tiba lewat dua jam berikutan sekatan laluan ke dua pangkalan tentera itu apabila kumpulan militan ketiga menumbangkan pokok, meletakkan bom dan paku di sepanjang laluan. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan