Harian Metro: Global |
Vikki ada 94 anak, tapi anak patung Posted: 08 Mar 2012 10:56 AM PST LONDON: Gara-gara ditakdirkan tidak mampu hamil dan melahirkan anak, seorang remaja menghabiskan wang sehingga RM100,000 bagi membeli anak patung sebagai koleksinya. Menderita penyakit sindrom ovari polycystic (PCOS), Vikki Andrews, 19, mula membeli anak patung tiga tahun lalu.
Tindakannya mengumpul pelbagai jenis dan bentuk anak patung menyebabkan bilik tidurnya kini dipenuhi objek berkenaan.
Masih belajar dan bekerja sambilan di sebuah bar, Vikki berkata, dia menggunakan wang simpanannya yang dikumpul sejak berusia 14 tahun bagi menambah koleksinya. "Dalam tempoh seminggu selepas membeli Charlotte, saya membeli anak patung kedua sebagai 'adik' untuknya," katanya.
PCOS dianggap satu daripada masalah paling meluas dihadapi wanita di dunia.
|
Bayi nyaris maut kerana setitis air teh Posted: 08 Mar 2012 10:53 AM PST LONDON: Seorang bayi nyaris maut selepas terkena setitik air teh panas, lapor media semalam. Alexander Caven-Atack baru berusia 10 bulan apabila kesan kecederaan akibat titisan air panas itu dijangkiti kuman.
Kesan melecur akibat air panas itu dirawat doktor di Hospital Colchester, tetapi mereka terlepas pandang jangkitan yang berlaku.
Malah, ibu bapa Caven-Atack turut diingatkan, nyawa anak mereka mungkin terancam dalam pembedahan itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan