Utusan Online - Luar Negara |
Posted: 2 pelajar lempar bom, 10 mautPakar bom memeriksa sebuah pasar di wilayah Pattani yang terbakar selepas bom tangan dilemparkan di pasar itu, semalam. - REUTERS BANGKOK 1 Mac - Sekurang-kurangnya 10 orang cedera di daerah Rueso, wilayah Narathiwat selepas dua remaja berpakaian seragam sekolah agama melontar sebutir bom tangan ke arah orang ramai, awal pagi ini. Menurut polis, dua remaja itu menaiki sebuah motosikal menuju ke pekan di Rueso, sebelum pemboncengnya melontar sebutir bom tangan ke arah orang ramai yang sedang sibuk membeli makanan di gerai tepi jalan di situ. Sekurang-kurangnya 10 orang termasuk enam wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera dalam serangan itu, dua daripada mereka cedera parah. Dalam kejadian berasingan di wilayah sama, dua askar kerajaan cedera apabila kumpulan yang disyaki militan meletupkan sebutir bom buatan sendiri dekat sebuah trak pikap yang membawa enam askar yang dalam perjalanan menuju ke kampung Kuching Rupa, daerah Rangae untuk menjalankan operasi. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh. |
Korea Utara gantung ujian nuklear Posted: Korea Utara gantung ujian nuklearSEOUL 1 Mac - Korea Utara akan menggantung ujian nuklear dan peluru berpandu serta program pengayaan uraniumnya di bawah perjanjian dengan Amerika Syarikat (AS) yang akan menyaksikan negara komunis itu menerima bantuan makanan daripada AS. Washington secara serentak mengesahkan perjanjian tersebut yang membuka kemungkinan kemajuan besar dicapai dalam usaha untuk menghentikan program senjata nuklear Korea Utara berikutan kematian pemimpinnya, Kim Jong-il pada Disember lalu. Perjanjian itu menyusuli rundingan di Beijing pada minggu lepas antara kedua-dua pihak, dialog pertama sejak anak lelaki Jong-il, Kim Jong-un mengambil alih teraju pimpinan Korea Utara. Jurucakap Kementerian Luar di Pyongyang berkata, Washington menjanjikan 'bantuan makanan' sebanyak 240,000 tan, dengan kemungkinan bantuan makanan tambahan disalurkan kepada Korea Utara yang kerap mengalami kekurangan makanan yang teruk sejak krisis kebuluran pada 1990-an. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan