Harian Metro: Global |
Posted: 29 Feb 2012 08:42 AM PST LONDON: Seorang jururawat pergigian semalam mendedahkan bagaimana dia memakan 4,000 span kerana penyakit ganjil. Kerry Trebilcock, 21, juga memakan lebih 100 ketul sabun.
Kerry yang berasal dari Mylor, Cornwall berkata: "Satu hari kelak, saya akan mengatasi masalah ini dan mandi atau membasuh baju tanpa merasa lapar." Menurut Kerry, dia suka mencicah 'snek' ganjilnya dengan sos cili atau mustard.
Kerry berkata: "Saya memberi tumpuan khusus mengenai jenis span dan sabun yang saya makan dan cara saya menyediakannya.
Kerana tabiat pemakanannya, Kerry pernah mengalami sakit perut yang teruk dan cirit-birit.
|
Makin ramai pelajar perubatan Britain melacur Posted: 29 Feb 2012 08:39 AM PST LONDON: Lebih ramai pelajar perubatan di Britain beralih kepada pelacuran untuk membiayai pengajian mereka di universiti. Seorang daripada 10 bakal doktor mempunyai rakan yang menjual tubuh mereka untuk menangani kos pengajian dan kehidupan yang semakin meningkat.
Jurnal Pelajar Perubatan Britain bimbang pelajar tertarik kepada kehidupan melacur menerusi rancangan televisyen ITV2 oleh Billie Piper, Secret Diary of a Call Girl, yang mengisahkan mengenai kehidupan glamor dan canggih pelacur kelas atasan.
Pelajar perubatan di Universiti Birmingham, Jodi Dixon dalam artikel untuk jurnal itu menulis: "Bagi pelajar yang berpendapat mereka tidak ada pilihan kecuali melacur adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
"Semakin ramai yang menimbang untuk melacur atau yang sudahpun terlibat menghubungi kami." - DM |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan