Utusan Online - Luar Negara |
Sikap Israel boleh bawa petaka Posted: Sikap Israel boleh bawa petakaIMEJ fail Tentera Udara AS pada 12 Mac 2003 merakamkan dua juruterbang memeriksa peluru berpandu GBU-28 seberat 2,268kg senjata yang dikawal laser dengan jarak sasaran lebih 9.65 kilometer yang dikatakan akan digunakan untuk menyerang kemudahan nuklear Iran. Namun, tentera AS menyatakan bom konvensional terbesar milik AS itu tidak mampu memusnahkan kemudahan nuklear bawah tanah Iran, Wall Street Journal melaporkan pada 27 Januari lalu bahawa tentera AS sedang mencipta bom berkuasa tinggi seberat 13.6-tan dikenali sebagai Massive Ordnance Penetrator, yang direka khas untuk memusnahkan kemudahan nuklear Iran dan Korea Utara. - AFP MOSCOW 9 Feb. - Pendirian keras Israel terhadap spekulasi berhubung program senjata nuklear Iran boleh membawa malapetaka besar, kata seorang pegawai kanan Kementerian Luar Rusia, hari ini. Spekulasi berhubung kemungkinan Iran membangunkan senjata nuklear 'meningkatkan ketegangan dan boleh menggalakkan langkah ke arah tindakan ketenteraan yang membawa malapetaka besar', kata ketua jabatan keselamatan dan pelucutan senjata di Kementerian Luar Rusia, Mikhail Ulyanov kepada agensi berita Interfax. Sebahagian daripada spekulasi yang meningkat sejak beberapa minggu lalu berpunca daripada kenyataan pegawai rejim Zionis Israel mengenai kemungkinan Israel melancarkan serangan ke atas Iran. Israel dan kuasa Barat mendakwa program nuklear Iran sebenarnya mempunyai motif sulit untuk membina senjata atom, dakwaan yang dinafikan oleh Teheran. Dakwaan mengenai motif program nuklear Iran 'mempunyai objektif politik dan propaganda yang sangat jahat', kata Ulyanov. Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada bulan lepas berkata, Israel masih 'sangat jauh' sebelum membuat keputusan sama ada hendak menyerang Iran bagi menyekat program nuklearnya. Bagaimanapun, ketua perisikan tentera Israel, Jeneral Aviv Kochavi memberitahu satu persidangan keselamatan pada minggu lalu, Iran memiliki cukup banyak bahan radioaktif untuk membina empat bom nuklear. Rejim Zionis menyokong sekatan ketat ke atas Iran tetapi turut mempertahankan haknya untuk mengambil tindakan ketenteraan bagi menghalang aktiviti nuklear Teheran. Israel dipercayai merupakan satu-satunya kuasa nuklear di Asia Barat walaupun rejim Zionis Israel itu enggan mengakuinya. - AFP |
Serangan babit orang Islam di AS berkurangan Posted: Serangan babit orang Islam di AS berkuranganWASHINGTON 9 Feb. - Bilangan serangan keganasan melibatkan penganut Islam Amerika di negara ini didapati menurun dalam tempoh dua tahun berturut-turut, menurut satu kajian oleh Pusat Segi Tiga Keganasan dan Keselamatan Dalam Negeri. Kajian itu, sekali gus bercanggah dengan amaran yang dikeluarkan anggota Parti Republikan di Kongres berhubung komplot keganasan yang kononnya dirancang masyarakat Islam di negara ini. Menurut kajian tersebut, hanya 20 individu Islam Amerika yang melancarkan serangan telah ditahan atas dakwaan jenayah keganasan pada tahun lalu, berbanding 26 orang pada 2010 dan 49 individu pada 2009. Laporan itu menyatakan bahawa sejak peristiwa serangan pada 11 September 2001, seramai 193 penganut Islam ditahan atau disabit kesalahan di bawah akta keganasan. Penemuan itu menyusul selepas pendedahan tentang pemantauan Jabatan Polis New York terhadap masyarakat Islam di bandar raya itu. Ia juga dilihat menyokong kritikan yang memberi amaran, pemantauan terhadap penganut Islam Amerika adalah satu tindakan tidak produktif dan ia boleh membuatkan negara ini kurang selamat. "Keganasan melibatkan orang Islam Amerika didapati hanya mendatangkan ancaman kecil kepada keselamatan awam pada tahun lalu. "Malah, tiada satu pun daripada 14,000 pembunuhan di Amerika pada tahun lalu disebabkan oleh orang Islam," kata pakar sosiologi Universiti North Carolina, Charles Kurzman, yang menulis kajian tersebut. Pengarah Pusat Segi Tiga Keganasan dan Keselamatan Dalam Negeri, David Schanzer berkata, kajian itu membuktikan ramalan oleh sesetengah pihak yang menyatakan keganasan melibatkan penduduk Islam Amerika semakin meningkat adalah salah sama sekali. "Walaupun fahaman radikal dalam negara masih merupakan ancaman utama, individu bersalah pada tahun lalu tidak mempunyai kemahiran dan kurang berhubung dengan organisasi keganasan antarabangsa, berbanding tahun-tahun sebelum itu," katanya. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan