Berita Harian: Dunia |
Asid borik sejukkan loji nuklear Posted: 09 Feb 2012 01:38 PM PST Dunia PEGAWAI memantau keadaan reaktor No.4 di Fukushima Daini, kelmarin. Suhu di reaktor Nombor 2 adalah 68.5 darjah Celsius hingga jam 4 petang Selasa, satu penurunan daripada 72.2 darjah jam 5 pagi, kata Osamu Yokokura, jurucakap kemudahan itu. Suhu reaktor perlu berada di bawah 93 darjah Celsius untuk diklasifikasikan sebagai penutupan sejuk, atau keadaan selamat, yang menurut Tepco dicapai Disember tahun lalu. Jurutera nuklear menyoal sama ada penutupan sejuk dapat dilaksanakan di Fukushima kerana ia adalah satu proses yang digunakan apabila reaktor ditutup untuk penyelenggaraan biasa atau tujuan lain. Di Fukushima, tiga teras bahan api uranium reaktor terbabit mencair menyebabkan penyebaran radiasi."Masih terlalu awal menyatakan loji itu selamat Disember lalu. Mereka mengisytiharkan penutupan sejuk walaupun tiada siapa pasti mengenai di mana lokasi bahan api mencair," kata Ketua Institut Penyelidikan Tenaga Atom di Universiti Kinki di barat Jepun, Tetsuo Ito. "Satu insiden sama mungkin berulang semula," katanya merujuk kepada peningkatan suhu reaktor. Sejak 1 Februari lalu, suhu di bahagian bawah reaktor No. 2 meningkat lebih 20 darjah Celsius, menurut data syarikat. "Tepco berada di dalam dilema kerana ketika ia menyuntik lebih banyak air, maka lebih banyak air radioaktif akan terkumpul dalam ruangan bawah tanah bangunan loji terbabit," kata Ito Bencana itu menyebabkan sistem penyejukan gagal, menyebabkan pencairan bahan api reaktor, mengeluarkan radiasi dan memaksa pemindahan kira-kira 160,000 penduduk. – Agensi Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
Ketua al-Qaeda Pakistan terbunuh serangan Amerika Posted: 09 Feb 2012 01:34 PM PST Dunia ISLAMABAD: Ketua al-Qaeda di Pakistan, Badr Mansoor, terbunuh dalam serangan peluru berpandu Amerika di Miranshah, bandar utama di Waziristan Utara, kata pegawai.Mansoor dikatakan menghantar pejuang ke Afghanistan dan mengendalikan kem latihan di Waziristan Utara, terbunuh dalam serangan sebelum subuh berdekatan sempadan Afghan, kata pegawai Pakistan dan anggota kumpulannya memberitahu AFP. "Beliau mati dalam serangan peluru berpandu di Miranshah. Kematiannya menjadi tamparan hebat keupayaan al Qaeda menyerang di Pakistan,"kata seorang pegawai kanan Pakistan. Kematiannya disahkan seorang pengikut kuatnya."Badr Mansoor terbunuh dalam serangan peluru berpandu," kata pejuang kumpulannya yang mengesahkan menerusi telefon. Pegawai perisikan di Miranshah, berkata Mansoor sudah terbunuh tetapi pegawai Pakistan lain masih berbelah bahagi. "Kami tidak yakin. Kami tidak boleh memberi pengesahan begitu saja," seorang daripada mereka memberitahu AFP.
Pegawai perisikan kanan Pakistan menggambarkan Mansoor sebagai pemimpin al Qaeda di Pakistan selepas pemimpin sebelum ini, Ilyas Kashmiri dilaporkan terbunuh dalam serangan pesawat kawalan jauh Jun lalu. Tidak seperti Kashmiri, yang ditawarkan AS$5 juta (RM1.4 bilion) ganjaran untuk nyawanya, Mansoor tidak disenaraikan oleh Jabatan Ganjaran Untuk Keadilan Negeri, Amerika. Tiada sebarang pengesahan serta merta mengenai kematiannya dari Amerika. Tetapi seorang pakar antipengganas Barat menggambarkan Mansoor sebagai ketua tempatan al Qaeda dan seorang daripada sasaran ketua Amerika di Pakistan. "Jika ia benar, ia menjadi berita gembira bagi perjuangan menentang keganasan dan ia menjadi penting untuk Amerika dan Pakistan," kata pegawai. Beliau menggelarkan pergerakan al-Qaeda di bawah Mansoor berada antara pergerakan Taliban di bawah payung Pakistan dan seorang anggota kepemimpinan Syura al-Qaeda di Pakistan. – AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan