Harian Metro: Global |
Posted: 08 Feb 2012 08:55 AM PST SAMARINDA (Kalimantan Timur): Empat lelaki dibicarakan di mahkamah semalam atas tuduhan membunuh orang utan dan pelbagai primat terancam di sebuah ladang kelapa sawit di Borneo. Pendakwa berkata, pengurus ladang warga Malaysia itu, Phuah Chuan Hun, dan pekerjanya, Widiantoro, mengupah dua lelaki lain membunuh primat berkenaan.
AFP melaporkan, pendakwa, Suroto, memberitahu Mahkamah Daerah Tenggarong, Imam dan Mujianto diupah RM338 bagi setiap orang utan berjaya dibunuh, selain kira-kira RM68 untuk primat lain.
Semua empat tertuduh ditahan November lalu apabila gambar mereka membunuh haiwan liar - termasuk monyet berhidung panjang yang hanya ada di Borneo - beredar di kalangan penduduk kampung.
Bagaimanapun, polis percaya sekurang-kurangnya 20 ekor primat dibunuh berdasarkan resit dikeluarkan syarikat perladangan itu menunjukkan nilai hampir RM8,459.
|
Bayi seberat 7 kilogram catat rekod di China Posted: 08 Feb 2012 08:52 AM PST BEIJING: Seorang wanita melahirkan anak luar biasa dengan berat lebih dua kali ganda berbanding bayi normal. Chun Chun didakwa seberat 7.04 kilogram apabila dia lahir di wilayah Henan pada Sabtu lalu.
Ibu Chun Chun yang berusia 29 tahun bersalin tidak lama selepas masyarakat Cina menyambut tahun baru pada 23 Januari lalu.
Han berkata, tiada sebarang perbezaan berlaku kepada isterinya sebelum ini.
"Bagaimanapun, saya tetap gembira," katanya. - TS |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan