Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Singapura potong gaji KabinetSINGAPURA 4 Jan. - Singapura akan mengurangkan kira-kira satu pertiga dari gaji pemimpin utamanya yang berjumlah berjuta-juta dolar, berdasarkan laporan tangga gaji yang didedahkan hari ini. Pengumuman pengurangan gaji menteri-menteri Kabinet merupakan antara janji yang dibuat oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong untuk mengurangkan kemarahan rakyat selepas kemenangannya dalam pilihan raya umum tahun lepas. Bagaimanapun, pengurangan tersebut masih menjadikan menteri-menteri Kabinet negara itu menerima gaji paling tinggi di dunia. Laporan itu diumumkan oleh Gerard Ee, pemimpin badan bukan kerajaan yang mengetuai penilaian tangga gaji tersebut. ''Laporan itu mewakili ketetapan rangka gaji baru menggunakan satu formula dengan komponen tetap dan pelbagai, dihubung kaitkan dengan persembahan dan hasil negara,'' katanya pada satu sidang media. Ahli-ahli Parlimen dijangka membahaskan laporan tersebut apabila bersidang pada 16 Januari ini. Hsien Loong sendiri akan menerima gaji S$2.2 juta (RM5.37 juta) selepas dikurangkan sebanyak 36 peratus, dipercayai pendapatan paling tinggi ketua kerajaan di dunia, empat kali ganda daripada gaji Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang menerima AS$400,000 (RM1.2 juta) setahun sebagai pemimpin negara itu. Presiden Singapura, Tony Tan juga akan menyaksikan potongan gaji sebanyak 51 peratus kepada S$1.54 juta (RM3.76 juta). Potongan itu akan berkuatkuasa dari permulaan penggal lima tahun kerajaan baru iaitu 21 Mei lalu dan garis panduan baru menyaksikan ia disalurkan kepada rakyat biasa Singapura. Sejak pertengahan 1990-an, gaji anggota Kabinet Singapura berdasarkan kepada dua pertiga pendapatan daripada empat daripada enam bidang iaitu perbankan, akaun, kejuruteraan, undang-undang, pembuatan dan syarikat multinasional. Ini bermakna gaji menteri-menteri tetap meningkat walaupun mengalami kemelesetan ekonomi, keadaan yang menimbulkan kemarahan rakyat ekoran jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin yang semakin besar. - AFP/AGENSI Full content generated by Get Full RSS. |
Zulkifli Hir bersembunyi di Mindanao Posted: Zulkifli Hir bersembunyi di MindanaoMANILA 4 Jan. – Sekurang-kurangnya lima suspek pengganas termasuk dari Malaysia kini bersembunyi di kawasan hutan di pulau Jolo, selatan negara ini, dipercayai membantu kumpulan radikal tempatan dan pelatih tempur seperti rangkaian al-Qaeda mendapatkan bantuan kewangan asing. Komander tentera wilayah, Leftenan Jeneral Raymundo Ferrer semalam berkata, semua suspek itu kini berada di hutan tropika di wilayah Sulu, diketuai jurutera Malaysia yang dilatih Amerika Syarikat (AS), Zulkifli Hir (gambar) yang juga seorang daripada suspek pengganas utama di Asia Tenggara. "Mereka dilihat aktif menjalankan operasi di sekitar Sulu," katanya kepada pemberita. Ferrer berkata, empat suspek pengganas yang lain dikenal pasti sebagai warga negara Singapura, Abdullah Ali yang menggunakan nama panggilan Muawiyah, dua rakyat Indonesia bernama Qayim dan Sa'ad, serta seorang lagi berkemungkinan rakyat Malaysia dikenali sebagai Amin Baco atau Abu Jihad. Jelas beliau, pihak tentera juga telah memperoleh gambar Zulkifli dan Muawiyah. Ferrer yang mengetuai pemerintahan tentera di Mindanao Barat bagaimanapun berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat tentang militan asing lain di luar kawasannya. Satu laporan penilaian oleh kerajaan yang dikeluarkan tahun lalu menyenaraikan nama 12 suspek militan asing termasuk Zulkifli yang juga dikenali sebagai Marwan. Rakyat Malaysia itu didakwa terlibat dalam pelbagai kejadian pengeboman dan membantu mendapatkan pembiayaan serta senjata untuk Abu Sayyaf dari penderma asing. Pegawai tentera menuduh komander-komander dari Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) melindungi militan Jemaah Islamiyah (JI) di wilayah Mindanao. MILF, pergerakan yang kini mengadakan rundingan damai dengan kerajaan dan mempunyai 11,000 anggota bagaimanapun menafikan sebarang hubungan dengan kumpulan pengganas asing. – AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan