Rabu, 4 Januari 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kereta mesra alam serba boleh

Posted: 03 Jan 2012 08:55 AM PST

BEIJING: Seorang pencipta China menghasilkan rekaan baru sebuah kereta yang menakjubkan, yang boleh bergerak di atas jalan tar, pasir, ais dan juga air.

Kenderaan itu yang mempunyai kelajuan maksimum 92 kilometer sejam dan beroperasi seperti hoverkraf, boleh bergerak antara permukaan itu tanpa gangguan.


Yuhan Zhang, 21, menghasilkan kereta yang diberi nama Volskwagen Aqua untuk menyertai pertandingan anjuran syarikat pembuat kereta Jerman itu.

Ia dilengkapi dengan empat kipas dan digabungkan dengan dua beg angin yang boleh menggelembung untuk membolehkannya bergerak seperti hoverkraf.


Ia juga mesra alam kerana kedua-dua motornya menggunakan kuasa hidrogen tanpa mengeluarkan sebarang karbon.


Satu daripada motor itu menggelembungkan 'skirt' di sekeliling kenderaan itu untuk membolehkannya terapung sementara satu lagi memacunya ke depan dan mengawal arah.

"Tidak ada pengangkutan yang lebih baik daripada kenderaan kusyen udara kerana ia boleh bergerak dengan baik di darat, ais dan air.


"Saya berharap Aqua satu hari nanti akan menjadi kereta super yang mampu dimiliki oleh orang awam," kata Zhang.

Peserta pertandingan berkenaan dikehendaki menghasilkan sebuah kenderaan yang boleh digunakan di luar jalan raya. - Agensi



Full content generated by Get Full RSS.

John Terry mungkin saman syarikat rokok

Posted: 03 Jan 2012 08:49 AM PST

NEW DELHI: Peguam kapten bola sepak England, John Terry mungkin mengambil tindakan undang-undang selepas imej pemain itu digunakan dalam amaran pada kotak rokok di India.

Gambar samar-samar itu yang menunjukkan kepala dan bahu seorang lelaki menyerupai Terry muncul pada kotak rokok Gold Flake dan jenama lain dengan gambar paru-paru yang sudah hitam berserta amaran berbunyi 'Merokok Membunuh.' "Ia gambar yang menyerupai dia dan Terry tidak pernah bergambar seperti itu," kata Keith Cousins dari Agensi Pengurusan Elit yang berpejabat di Britain, menerusi telefon, semalam.


"Kami tidak pasti dari mana imej itu diambil tetapi Terry tidak pernah memberi kebenaran untuk itu.

"Kami sudah berunding dengan peguam di London dan India untuk menyiasat hal berkenaan dan mengambil tindakan wajar," katanya.


Cousins juga berkata, Terry, bukan seorang perokok walaupun pernah menjadi tajuk berita sebelum ini kerana tabiatnya suka minum arak. Akhbar Indian Express melaporkan, Direktorat Publisiti Visual menghasilkan amaran kesihatan itu yang digunakan pada bungkusan 20 batang.


Terry, 31, yang berdepan dengan tuduhan jenayah kerana dakwaan salah laku perkauman terhadap pemain QPR, Anton Ferdinand, mewakili England sebanyak 72 kali.

Dia juga adalah ketua pasukan Chelsea. - Reuters



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan